HULU TERENGGANU – Pertembungan tiga sungai utama di kawasan Hulu Berang sekiranya berlaku hujan lebat tanpa henti boleh menyebabkan kampung-kampung di kawasan berkenaan ditimpa banjir besar.
Menurut Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselatan Kampung (JPKK) Kampung Kua, Wahab Awang, banjir akan terjadi apabila pertembungan antara Sungai Kua, Sungai Berang Dan Sungai Terengganu dan menyebabkan mereka terputus hubungan.
“Kampung Kua, Kampung Pengkalan Ajal Dan beberapa Kampung berdekatan menjadi antara Kampung yang dilanda banjir sekiranya hujan lebat berterusan berlaku selama tiga atau empat jam.
“Kami dah biasa dengan banjir ni, setiap hadapi perkara yang sama sebab kita ada jawatankuasa khas orang muda ada ajk dengan tugas masing masing.
“Kebiasaannya gelombang banjir ni ada tiga kali.Sama ada yang pertama besar, atau kedua besar ataupun ketiga lebih besar..tak tentu jadi kami akan ‘standby’ sentiasa,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di PPS Kampung Kua di sini hari ini.
Justeru itu katanya, penduduk yang terdiri daripada 90 peratus pekebun Kecil ini sentiasa Peka dengan perkembangan semasa berkaitan banjir dan cuaca di musim tengkujuh.
Sementara itu, beberapa mangsa yang ditemui juga mengakui mereka sentiasa perlu bersedia dengan keadaan cuaca serta paras sungai jika hujan lebat.
Bagi Fatimah Jangi, selagi musim bah belum berakhir, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke PPS lebih dari sekali selagi musimnya belum berakhir.
“Air surut kejap pastu bila hujan lebat… naik balik.Gitulah sokmo kalu musim gini,” ujarnya
Penduduk yang terjejas di Kampung Kua ketika ini menempatkan 233 penduduk daripada 85 keluarga ditempatkan di Masjid Kampung Kua, Hulu Terengganu.