Home Berita PAS Terengganu

Pertembungan empat penjuru P.033 Besut

747
SHARE

BESUT – Pertembungan empat penjuru menjadi tumpuan sepanjang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi parlimen Besut kali ini.

Empat individu tersebut melibatkan calon daripada gabungan daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.08 pagi diiringi Yang DiPertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.


Penamaan disahkan oleh Pegawai Pengurus Pusat Pencalonan P033 merangkap Pegawai Daerah Besut, Azran Amin Mazlan sekitar jam 10.12 pagi di Pejabat Daerah dan Tanah Besut, di sini tadi.

Selain Che Zulkifly, parlimen Besut bakal ditandingi Datuk Nawi Mohamad mewakili BN, Abd Rahman@Abdul Aziz Abas (PH) dan Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh (GTA).

Terdahulu, Barisan Nasional melalui Tan Sri Idris Jusoh menyandang kerusi ahli parlimen Besut bagi PRU-14 dengan majoriti 4,599 undi.