Home Artikel PAS Wilayah

Pertanian moden pupuk muafakat kejiranan

264
SHARE

Oleh: Muhamad Abdul Fateh

Wangsa Maju: Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh mengadakan lawatan tapak Projek Kebun Komuniti Bandar yang dilakukan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Wangsa Maju di sini, disifatkan sebagai inisiatif terbaik dalam mengusahakan tanah terbiar.

Ia dibangunkan oleh penduduk tempatan bersama Persatuan Wangsa Sari yang menyediakan kawasan untuk bertani moden.

Ustaz Ismail memberi taklimat kepada YB Senator

Tanaman seperti cili, kubis, kucai, kesum, pegaga, pudina serta banyak lagi bukan sahaja mengindahkan landskap perumahan itu, malah mewujudkan komuniti petani moden atau kebun bandar di tengah kesibukan kehidupan warga ibu kota.

Tanaman subur seperti terung bulat, terung panjang, serai, bendi serta jagung, memperlihatkan kehijauan suasana perumahan begitu menenangkan.

Ternakan Udang Galah

“Kesungguhan penduduk menjayakan projek ini sekali gus mengubah imej kawasan terbiar kepada kebun bandar yang bukan sahaja menghasilkan tanaman bebas racun, tetapi memperlihatkan komitmen peserta memajukan projek secara sukarela” ujar Encik Rashdan

Terung sedia di petik

“Ini secara langsung mewujudkan kebun kejiranan yang berperanan penting menjana ekonomi penduduk dan pada masa sama, mengawal impak karbon iaitu peningkatan suhu akibat pembangunan dan kepadatan penduduk kota raya tetapi menyediakan persekitaran selesa, selamat dan harmoni.

“Ia sekali gus mewujudkan kawasan sihat dan mengubah imej negatif yang ada padanya melalui perubahan sikap masyarakatnya,” katanya.

Menurut Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puan Hajah Nuridah “Kemuafakatan penduduk itu menghidupkan amalan pertanian bandar yang biasanya hanya dapat dilihat di kampung dapat dihidupkan di kawasan kediaman yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur ini.

Lazimnya, penduduk akan berkebun antara jam 7 pagi hingga 12 tengah hari sementara waktu petang adalah dari jam 5 hingga 7 petang setiap hari.