Home Berita PAS Wilayah

PERTANDINGAN MUSLIMAH SEANGGUN BIDADARI

349
SHARE

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebudayaan Dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Pertandingan Muslimah Seanggun Bidadari secara atas talian dan telah berakhir pada 14 April 2021 yang lalu.

Pertandingan tersebut bertujuan untuk menampilkan pemakaian busana muslimah yang anggun serta memenuhi tuntutan syariat dalam menutup aurat.

Kesemua peserta perlu menghantar video yang berdurasi sekitar tiga minit bagi memperaga dan menerangkan serba sedikit tentang busana muslimah yang digayakan kepada pihak pengadil.

Johan keseluruhan bagi pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Nik Nur Hasuna Tul U’la Hasbi. Manakala, tempat kedua dan ketiga jatuh kepada Nurul Shafiqah Mat Arop dan Umyrah Mat Karim. Mereka telah menerima wang tunai bernilai RM300, RM250 dan RM200.

Pihak penganjur turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan peserta-peserta yang telah menyertai Pertandingan Muslimah Seanggun Bidadari ini.

Semoga dengan penganjuran pertandingan ini dapat memberikan pendedahan dan memupuk budaya pemakaian muslimah yang mengikut syariat.