Home Berita PAS Selangor

Pertandingan memasak mencuri tumpuan pengunjung – PAS Kawasan Sungai Besar

106
SHARE

May be an image of food

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : PAS Kawasan Sungai Besar

PASAR JERAMI BANKENAL, 8 November – Salah satu acara yang berjaya mencuri tumpuan pengunjung dalam Program Gelombang Sejahtera Keluarga Malaysia (GENGGAM SELANGOR), beberapa hari lalu ialah pertandingan memasak Nasi Goreng Kampung.

Nasi Goreng Kampung adalah menu biasa masyarakat Melayu bahkan ia boleh dikatakan menjadi makanan kegemaran ramai orang kerana rasanya yang sedap serta boleh dipelbagaikan cara masakannya mengikut selera masing-masing.

Justeru, tidak hairanlah acara ini mendapat penyertaan penuh iaitu seramai 12 orang peserta dan ianya juga disertai oleh peserta lelaki seramai 3 orang antaranya ialah Ustaz Fauzan Naim Mohd Saibani, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Sungai Besar dan AJK PAS Kawasan Sungai Besar, Khairi Ma’nor.

Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bahan masakan disediakan oleh pihak penganjur seperti nasi, bawang, telur, sayur kangkong dan lain-lain. Masa memasak diberi selama 10 minit. Markah penjurian adalah berdasarkan rasa, kreativiti dan kebersihan.

Pertandingan ini telah dihakimi oleh Rosnah Ramli dan Rohaya wakil Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

May be an image of one or more peopleSalimah Salleh telah berjaya mendapat tempat pertama, Masitah Mohd Yasin tempat kedua dan Rosmawati Amin tempat ketiga. Manakala Nor Siah Abd Kader dan Halimah Khir membawa pulang hadiah saguhati.

Kemuncak acara ini ialah apabila tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut turut serta ‘menyingsing lengan’ menunjukkan bakat masing-masing menyediakan menu ini.

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says "arc 1"Antara yang mengambil bahagian, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Muslimin Yahaya, Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Fadzlin Taslimin dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Mohd Nazri Sarbini.

May be an image of sitting, standing and text that says "tether"

Penyelaras pertandingan ini, Norihan Alias berpuas hati kerana pertandingan ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Beliau juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan acara ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor