Home Berita PAS Wilayah

Persiapan Awal Bantuan Banjir Di Utara (WP)

633
SHARE

Situasi banjir di Utara terutama P.Pinang & Kedah semakin buruk. Banyak jalan² tidak dapat diakses & pusat² penempatan banjir telah pun dibuka akibat dari kejadian banjir ini.

Petugas Khidmat Malaysia P.Pinang & Kedah telah pun bergerak dan sedang menyelaraskan gerakerja bantuan kepada mangsa².

Sebarang arahan & kerahan bantuan dari negeri² akan dikeluarkan oleh Khidmat Malaysia Pusat dan semua entiti PAS di Wilayah Persekutuan akan digerakkan secara selaras melalui Khidmat Malaysia (WP).

Dalam memberi khidmat dan bantuan kepada negeri & kawasan yang terbabit, para petugas & sukarelawan dari entiti Pas Wilayah Persekutuan diminta bersiap siaga samada dari segi persiapan logistik mahupun kewangan.

Sementara itu marilah kita sama² berdoa agar keadaan banjir di Utara tidak bertambah buruk dan berada dalam keadaan terkawal serta mangsa² diberi kekuatan & kesabaran dengan ujian ini.

Hj. Razali Tumirin
Pengerusi
Khidmat Malaysia (W.P)
05 Nov 2017