Home Berita PAS Sabah

Persiap dengan ilmu dan kefahaman, lahirkan pemuda berkualiti

56
SHARE

Persiap dengan ilmu dan kefahaman, lahirkan pemuda berkualiti

Oleh: Aizal Samsaruddin
12 Februari 2023

SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan (DPPKS) menyeru agar pemuda mempersiapkan diri dengan ilmu dan kefahaman bagi melahirkan ahli yang berkualiti.

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Masru Mustakim berkata, Pemuda PAS perlu perkasakan usrah dan memantapkan penganjuran program-program tarbiyah sebagai usaha untuk memantapkan momentum gerak kerja.

“Pemuda PAS juga perlu menjadi contoh dan teladan yang baik buat anak muda dalam masyarakat umum,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan DPPKS di sini jumaat lalu.

Dalam mesyuarat tahun ini merupakan tahun pemilihan dan Mohd Noor Azman Lapumdagar dipilih menerajui DPPKS bagi sesi 2023-2025.

Beliau menggantikan Mohd Ramlan Pandi kerana telah tamat menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan sebelum ini.

Keputusan itu telahpun diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Mohd Ikram Kadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPPKS di Pejabat Urusan PAS Kawasan Sandakan dekat sini jumaat lalu.

Manakala untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda pula telah disandang oleh Mohd Aiman Abdul Razak dan Jabal Neor.