Home Berita PAS Pulau Pinang

Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Menghina Kedudukan Perlembagaan Persekutuan

2014
SHARE

Sebagai rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan hidup dalam  perpaduan yang berbilang bangsa bertunjangkan perlembagaan persekutuan lebih dari 60 tahun dalam negara kita. Amat malang sekali apabila Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia(uni-MLC) mendedahkan kakitangan wanita islam di indusri perhotelan diarah menanggalkan tudung mereka kerana ia adalah peraturan yang ditetapkan oleh  sebuah syarikat perhotelan tersebut. 

Terpanggung kepala umat islam dengan kondisi ini dan membuatkan ramai umat Islam menunjukkan riaksi yang tidak senang dengan syarikat perhotelan tersebut yang jelas menganggu kebebasan asasi dan mengugat kedudukan agama islam itu sendiri dan jelas bertentangan dengan cara hidup syariat umat Islam. Sikap biadap syarikat hotel tersebut tidak boleh dimaafkan dan ianya harus diambil tindakan oleh pihak kerajaan diatas kebiadapan prosedur tersebut yg jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dalam “Perkara 3” dimana Islam adalah Agama bagi Persekutuan dan ini jelas mencabar Insitusi keagamaan islam terhadap Yang dipertuan Agung(YDPA) sebagai  ketua agama Islam dalam negara ini. 

Dalam al quran Allah SWT telah melarang wanita wanita islam mendedahkan aurat mereka seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah An Nur:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي اْلإِرْبَةِ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ. النور:31

Katakanlah (olehmu Muhammad), kepada wanita-wanita mukminat, hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapaknya, bapak dari suaminya, puteranya, putera dari suaminya, saudaranya, putera dari saudara laki-lakinya, putera dari sadara perempuannya, perempuan muslim (lainnya), hamba sahaya yang mereka miliki, pelayanan yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka memukulkan kakinya (ke bumi) agar diketahui perhiasan yang tersembunyi (pada kakinya itu), bertaubatlah kalian semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar mendapat keberuntungan. 

(Surah An-Nur:31).

Lebih malang dan menambahkan kemarahan umat islam apabila Samual Cheah Swee Hee pengerusi Persatuan Hotel Hotel Malaysia(MAH) menyatakan pendirian penyokong tindakan hotel tersebut dengan alasan kononya ia adalah prosedur operasi standard peringkat antarabangsa yang sama juga seperti pemakaian uniform di semua hotel hotel bertaraf antarabangsa. Penyataan ini jelas bertentangan dengan perkara 8 perlembagaan persekutuan dan ianya menunjukan  sikap tidak menghormati umat islam dan perlembagaan persekutuan itu sendiri, kita mohon supaya pihak berkuasa perlu tegas untuk menyekat doktrin doktrin yang diguna pakai oleh MAH yang boleh menggugat keamanan negara ini, kami dengan tegas menentang perbuatan biadap yang tidak bertamadun oleh  syarikat hotel dan MAH dan perlu diketahui sekarang ini umat islam dalam negara ini  ibarat makan hati berulam kan jantung. Seluruh umat islam dalam negara ini  pasti tidak akan berdiam jika tiada ada tindakan terhadap hotel tersebut dan MAH. Kita mohon kerajaan perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap MAH kerana persatuan tersebut juga terikat kepada  perlembagaan persekutuan dalam perkara 10 (kebebasan, bercakap, berhimpun dan persatuan).

Dengan ini Kami dari Parti Islam semalaysia(PAS)  negeri Pulau Pinang menentang sekeras kerasnya terhadap perlanggaran ini dan  mendesak supaya larangan pemakaian tudung terhadap kakitangan wanita Islam ditarik balik atau mereka mesti diambil tindakan samaada membatalkan lesen mereka demi menjaga keamanan dan perpaduan diantara kaum dalam negara kita.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Ustaz Usman Al Marbawi 

Ketua Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Negeri Pulau Pinang