Home Berita PAS Pulau Pinang

Futsal Persahabatan Medan Semarak Ukhwah Pemuda PAS Kawasan Di Penang

708
SHARE

AYER ITAM, 22 Mei 2017 – Bertempat di Fitz Futsal Centre, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung dan , Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong telah menganjurkan sebuah pertandingan persahabatan futsal di kalangan pemuda kawasan. Program futsal menggabungkan pemuda di kedua-dua kawasan. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pemuda kawasan. Selain itu, program ini juga untuk membina jaringan diantara pemuda kawasan untuk gabungan program-program yang akan dirancang pada masa akan datang.

Program ini disemarakkan lagi dengan ucapan dan tazkirah oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Jelutong iaitu Ustaz Imran Bin Muhammad Saad. Beliau berkata, “Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakkan dalam Islam.kerana dengan bersukan kesihatan dan kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan sekaligus menjauhkan diri daripada sebarang penyakit. Firman Allah SWT: Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata:“Wahai ayah, ambillah dia jadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah. (Surah al-Qasas, 28:26).”

Beliau juga menekankan mengenai Hadis Nabi SAW yang berbunyi: Daripada Abi Hurairah, berkata: Bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah: pada keduanya adalah baik. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan ketaatan kepada Allah dan mohonlah pertolongan kepada-Nya dan janganlah engkau merasa lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu musibah janganlah engkau ucapkan kalau aku berbuat demikian tidak berlakulah musibah itu, tetapi ucapkanlah Allah telah mentakdirkannya dan apa yang Allah kehendaki pasti berlaku. Sesungguhnya perkataan kalau boleh membuka ruang kepada amalan syaitan”.

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, dapat dirumuskan bahawa Islam amat mementingkan penjagaan kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat  dan sejahtera seterusnya dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Ini juga selaras dengan prinsip pensyariatan yang digariskan dengan menjaga lima perkara yang menjadi tunjang kehidupan sejahtera iaitu, memelihara agama, jiwa, maruah, harta dan keturunan. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat akan memudahkan seseorang itu mengerjakan suruhan Allah SWT dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan selesa. Nabi SAW sendiri menyarankan umatnya supaya berdoa, memohon agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan tubuh badan yang berterusan kerana ia merupakan salah satu nikmat yang amat bernilai dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Program yang diwarnai penuh semangat dan tarbiah itu bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir tepat jam 10.30 malam.

{jathumbnail off}