Home Berita PAS Perak

Persahabatan bola sepak pilihan YB ADUN Pasir Panjang

281
SHARE

Oleh : Hafiz Green Mart

25 Disember 2022

LUMUT : DACS Lumut telah menyahut DACS Negeri Perak bagi perlawanan Persahabatan Bola Sepak Pilihan YB ADUN Pasir Panjang bertempat di Padang Astaka Sitiawan, petang semalam, di sini.

Pengarah DACS Perak, Abdul Hadi bin Azman berkata perlawanan persahabatan ini bersama anak muda Lumut merupakan satu permulaan jelajah bola sepak DACS Perak ke kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh Perikatan Nasional di dalam PRU-15 baru-baru ini.

Tujuannya, selain daripada mengeratkan ukhwah, ianya juga bertujuan untuk mengenali dan mendekati anak-anak muda yang telah mewujudkan gelombang seterusnya mengundi memenangkan Parti Perikatan Nasional khususnya PAS di Pasir Panjang.

ADUN Pasir Panjang, Tn. Hj. Rosli Abdul Rahman yang turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan menyifatkan ianya suatu penganjuran yang amat baik daripada DACS Perak dan berharap ianya dapat dikembangkan di peringkat cawangan atau unit daerah mengundi.

Dalam perlawanan ini, Pilihan YB ADUN Pasir Panjang bawah pengurus, Muhammad Firdhaus bin Ahmad Tarmizi telah menewaskan DACS Perak diketuai oleh Abdul Muiz Khalilul Rahman dengan jaringan hat-trick oleh Muhammad Aizuddin bin Salleh sebanyak 3 – 2.