27 Januari 2023
Oleh: Aisyah M Shah
KINABATANGAN: Keharmonian di Malaysia walaupun terdapat pelbagai kaum dan bangsa sepatutnya menjadi satu kemegahan kepada negara.
Ketua Ameerah Kinabatangan, Siti Aisyah Mohd Shah berkata demikian semasa program menyantuni bangsa cina di Kinabatangan, semalam.
Sempena menyambut Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kinabatangan dengan kerjasama Ameerah Kinabatangan menyantuni peniaga berbangsa cina di sekitar pekan Kinabatangan.
Dalam program tersebut, wakil DMPKK dan Ameerah telah mengedarkan limau dan hadiah sambil bertanya khabar.
“Walaupun kita berbeza bangsa, agama dan warna kulit, itu bukan menjadi penghalang untuk bersilaturahim sesama manusia,
“Sebaliknya, dengan cara beginilah dapat mengukuhkan perpaduan antara sesama kita di Kinabatangan ini khusunya,” jelasnya lagi.
Turut hadir, Ketua Lajnah Kebajikan DMPKK, Siti Nurmah dan barisan ahli jawatankuasa Ameerah Kinabatangan.