Home Berita PAS Terengganu

Permohonan i-Fitri Perantau dibuka 6 April

393
SHARE

SERDANG – Berita gembira untuk rakyat Terengganu yang berada di perantauan apabila bantuan i-Fitri akan mula dibuka permohonannya pada 6 hingga 20 April secara atas talian melalui i-Bantuan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada hari ini mengumumkan inisiatif tersebut di Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Terengganu di Perantauan, di MAEPS.

“Kita menyasarkan 20,000 perantau akan menerimanya melalui peruntukan sebanyak RM6 juta.

“Untuk jumlah keseluruhan i-Fitri bagi seluruh rakyat adalah RM57 juta untuk 190,000 orang penerima,” ujarnya.

Antara syarat utama i-Fitri Perantau mestilah rakyat Terengganu yang menetap di luar, juga merupakan pengundi berdaftar di Terengganu.

Syarat kelayankannya pula ialah, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500, penjawat Awam atau lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.

Peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

Manakala yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan surat akaun pendapatan yang disahkan penghulu mukim, Pengerusi JPKK, atau pegawai Kerajaan yang berkelayakan.

Pemohon hendaklah mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukit permohonan selesai dan permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar atau tidak lengkap.