Home Artikel PAS Kelantan

Perlu kajian cadang buka sempadan 24 jam

30 views
SHARE

KOTA BHARU: Kerajaan perlu membuat kajian menyeluruh sebelum melaksanakan cadangan untuk membuka pintu sempadan 24 jam antara Malaysia dan Thailand.

Sebaliknya Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berpandangan undang-undang serta kawalan yang dilakukan pihak berkuasa sekarang sudah memuaskan.

Beliau berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan mempunyai kelengkapan serta penguatkuasa yang mencukupi untuk membuat kawalan sehingga 24 jam.

“Saya rasa cadangan ini perhalusi lagi supaya kita dapat benar-benar dapat mengawal kedatangan pendatang asing selepas 12 malam.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita menegaskan keperluan satu kajian melihat kebaikan atau keburukan, malah kita sentiasa menyokong perkara baik dan menolak benda buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia peringkat Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 27/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8537-perlu-kajian-cadang-buka-sempadan-24-jam