Respon Pas Labuan kepada kenyataan akhbar Menteri Wilayah Persekutuan dalam Malay mail bertarikh 13 julai 2018 berkenaan perlantikan Pengerusi Perbadanan Labuan yang akan dibuat dalam masa terdekat.
Dengan keadaan Labuan yang semakin jauh ketinggalan daripada arus pembangunan nasional, maka dengan ini PAS Labuan mencadangkan;
1. Meminta Kementerian WP melantik Pengerusi PL bukan Orang Politik tapi mestilah berdasarkan meritokrasi, keboleh laksana disamping latarbelakang pendidikan yang tepat serta berpengalaman untuk tugas tugas sebagai Pengerusi dengan effective dan productive.
2. Pengerusi PL hendaklah sepenuh masa dan 100% fokus kepada idea, usaha, dan merancang pembangunan Labuan. Pas Labuan menyarankan supaya anak tempatan Labuan menjadi kriteria utama untuk mengisi jawatan tersebut.
3. Pengerusi PL mestilah ‘result oriented person’
dan mempunyai negotiation skill yang mampan dan praktikal untuk memastikan setiap keputusan dan perancangan akan mendapat perhatian khusus dari MOF serta kelulusan budget bagi pelaksanaan pembangunan Labuan.
4. Pengerusi PL tidak boleh sama sekali terlibat dengan pengaruh golongan peniaga yang banyak melobi ahli ahli politik.
Maka hanya dengan cara itu sahaja akan menambahkan keberkesanan tugas sebagai seorang Pengerusi bagi meneraju PL untuk kemakmuran sosio ekonomi serta pembangunan fizikal kepada seluruh rakyat Labuan.
5. PAS Labuan juga meminta Menteri WP melaksanakan penghapusan kelab2 malam dan permis penjualan arak yang mana selama ini hanya menguntungkan pihak peniaga yang terlibat sahaja manakala impak negatifnya kepada imej Labuan dan kemusnahan sistem kekeluargaan dan norma norma murni masyarakat Labuan kerana arak dan judi adalah DILARANG oleh semua Agama.
6.Memandangkan penduduk Labuan majoritinya orang Islam, Pengerusi PL hendak prihatin dan pro aktif dalam agenda agenda Islam yg dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah serta Jabatan Mufti Wilayah sesuai sebagaimana peruntukan Perlembagaan Malaysia artikel 3 bahawa: “ISLAM is the religion of the federation..” tanpa menyekat kebebasan beribadah penganut agama lain.
7. Kementerian WP mesti membuat satu makenisma bagi menilai dan memantau pencapaian Pengerusi dan Lembaga Pengarah PL. Ianya mesti dibuat berdasarkan penilaian dwi-tahunan (Mid -year & Year end). Sekiranya mereka gagal menepati sasaran maka Kementerian WP wajib merombak bagi mengelak daripada pembangunan Labuan terus menerus ketinggalan semakin jauh. Jika tidak, rakyat akan menjadi pemantau dan media sosial akan mendedahkan kepincangan pengurusan PL.
8.Kementerian WP mesti mengujudkan target sasaran Pembangunan yang mampan dan telus tanpa meninggalkan nilai nilai Islam yang
9. Semua Parti Politik yang ada di Labuan mesti dijemput dan diberi taklimat 6 bulan sekali tentang prestasi atau pencapaian pengurusan PL
10.Setiap warga Labuan diberi ekses website prestasi atau KPI pengurusan PL.
Kenapa PAS Labuan mengutarakan cadangan tersebut ? kerana ;
i. Jika Pengerusi PL dilantik dari kalangan orang Politik maka tugas hakiki akan terjejas akibat POLITIKING dan FAVOURITISM yang mana akan merosakkan sikap ‘NEURTAL’ dan ‘PROFESSIONALISM’ yg sepatutnya menjadi asas utama sebagai Pengerusi bagi mengurus perancangan dan pembangunan Pulau Labuan dengan sistematik dan berkesan serta menepati sasaran.
ii. Orang yang tidak layak hanya akan menyebabkan kelembapan tadbir urus PL yang sekian lama dinantikan oleh seluruh warga Labuan yang dahagakan pembangunan mampan.
iii.PAS Labuan mengingatkan bahawa sekarang ini bukan sahaja kerajaan baharu tetapi pemikiran serta kemahuan rakyat juga lebih baharu dan sangat kritis.
iv. PAS Labuan juga mengingatkan bahawa perebutan kuasa dan melobi jawatan akan hanya membawa kepada kemusnahan sistem pentadbiran akibat terlantiknya orang yang tidak berkelayakan dan tidak competent menjalankan tugas tugas Pengerusi dan Lembaga Pengarah yang akhirnya akan mengagalkan progress pembangunan Labuan yang sudah sekian lama rakyat tunggu dan nantikan.
Firman Allah swt,
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (QS.al-Ma’idah:2)
“And help one another to benignancy and piety, and do not help one another to vice and hostility”,(QS.al-Ma’idah:2)
#Darirakyatuntukrakyat
#Pasforall
PAS Labuan
27hb Julai 2018.