Home Berita PAS Pulau Pinang

Perlancaran DHPP Nibong Tebal

1029
SHARE

 

Sabtu 30 Julai 2017 merupakan satu tarikh bersejarah buat PAS Kawasan Nibong Tebal di atas Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasannya. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man itu turut dihadiri pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Ustaz Yusni Mat Piah, YDP PAS Kawasan Hj Mohamad Ahmad, Ketua DHPP negeri saudara Asoka Parumal. Pada malam pelancaran tersebut En Tamil Selvam telah diberi watikah perlantikan oleh T.Presiden TITM sebagai Ketua DHPP Nibong Tebal dan beliau turut menyerahkan borang keahlian DHPP Nibong Tebal seramai 152 orang.

Pelancaran yang gilang gemilang dengan kehadiran ramai warga india itu sebagai satu petanda baik buat PAS Nibong Tebal khususnya dan di Pulau Pinang umumnya. Syabas diucapkan kepada Ketua DHPP Nibong Tebal En Tamil Selvam dan Selamat melaksanakan tanggungjawab yang murni demi keadilan, kebajikan dan keharmonian bersama.

{jathumbnail off}