Home Berita PAS Terengganu

Perkukuh Kefahaman Ahli Tentang Dasar Perjuangan Parti

9
SHARE

Oleh : RR

SETIU – PAS Kawasan Setiu menegaskan keutamaan untuk memperkukuhkan kefahaman ahli terhadap dasar perjuangan parti sebagai tunjang utama dalam agenda penerangan.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Ustaz Abdul Hadi Mohamad berkata, usaha tersebut amat penting bagi memastikan setiap ahli memahami bahawa perjuangan PAS bukan hanya bersifat politik pilihan raya, tetapi berlandaskan matlamat yang lebih besar menegakkan Islam dan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

“Kandungan yang paling utama ialah tentang dasar perjuangan PAS, penerang perlu berperanan untuk mendedahkan kepada ahli parti agar mereka tahu bahawa perjuangan ini bukan untuk menang semata-mata, tetapi untuk mendapat redha Allah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Ustaz Hadi turut menekankan kepentingan pengaktifan semua saluran media sosial PAS Kawasan agar maklumat penting sampai terus ke akar umbi, selari dengan tuntutan zaman digital hari ini.

“Lajnah Penerangan telah merancang untuk mengaktifkan segala medan media sosial milik PAS kawasan agar segala maklumat sampai ke akar umbi.

“Memandangkan zaman ini, cabaran sangat berat, jadi Pihak Lajnah Penerangan akan mepelbagaikan maklumat,” ujarnya.

Katanya, Lajnah juga akan menyusun program penerangan bersasar dalam kalangan ahli parti, khususnya bagi menangani isu kurangnya kefahaman terhadap dasar dan hala tuju parti dalam kalangan sebahagian ahli.

“Media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam era ini.

“Tetapi sangat memerlukan pengolahan bagi membuka ruang interaksi antara pimpinan dan akar umbi,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh jentera agar media sosial dijadikan alat interaksi dua hala antara pimpinan dan ahli, bukan sekadar saluran penyampaian satu hala semata-mata.

“Pimpinan juga perlu turun padang untuk merapatkan hubungan dengan ahli akar umbi,” tambah Hadi lagi.