Home Berita PAS Terengganu

Perkukuh institusi keluarga semasa pandemik – Senator

237
SHARE

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU- Rakyat di negeri disaran agar menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Penuh sebagai peluang memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

Ahli Dewan Negara (Terengganu), Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, langkah itu perlu diambil bagi mengembalikan semula kesejahteraan rumah tangga lebih-lebih lagi ketika semua ahli keluarga menghadapi waktu sukar.

Tambahan pula katanya, ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memberi tumpuan kepada proses pendidikan anak-anak agar dibentuk menjadi modal insan berguna.

“Mungkin kita kata perkara tersebut telah berlalu kerana kesibukan yang kita hadapi ketika sebelum datangnya ujian pandemik ini, kita mengabaikan apa yang sepatutnya kita buat, jadi kita mesti mengisanfi kembali dengan mengambil peluang untuk memperbaiki segalanya.

“Melalui nasihat menasihati antara satu sama lain, berbincang, berkongsi segala ilmu yang didapati selama ini melalui kuliah agama yang selama ini kita tidak sempat, jadi ini peluang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Munajat Rakyat Terengganu di TV Darul Iman, pada semalam.

Nuridah berkata, anggota masyarakat tidak perlu merasa bosan dengan situasi yang dilalui ketika ini, sebaliknya perlu lebih cekal dan tabah mengharunginya.

“Juga ini masanya memperbaiki ibadat bersama ahli keluarga, yang dulu mungkin dilakukan secara tergesa-gesa dan cepat serta perlu ingat bahawa ujian yang diberikan Allah ini pastinya mengandungi hikmahnya yang tersendiri.

“Projek kita panjang bukan hanya sekadar hidup di dunia ini, bahkan perlu menyelamat dan melindungi setiap ahli keluarga daripada jurang api neraka sebagaimana yang difirmankan oleh Allah,”cujarnya.

Di samping meluangkan masa dengan pelbagai perkara yang positif, jelasnya aspek kesihatan juga perlu menjadi keutamaan.

“Waktu berada di rumah sudah pasti banyak makan, tambahan pula wanita suka memasak, kena ingat Rasulullah memberi peringatan bahawa penyakit berpunca dari gaya pemakanan, maka kena mengamalkan diet yang seimbang, mungkin hari Isnin dan Khamis boleh dilatih untuk berpuasa sunat,” ujarnya.