Home Berita PAS Selangor

Perkembangan pembinaan bangunan PASTI Mawaddah – PASTI Kawasan Sungai Besar

195
SHARE

May be an image of outdoors and tree

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BESAR, 7 September – Sekalung ucapan penghargaan diucapkan buat para penyumbang bagi pembangunan Pusat Pusat Pendidikan Pasti Mawaddah, Sungai Lias Baroh, Sungai Besar, Selangor. Setelah agak lama terhenti disebabkan PKP, kerja-kerja pembinaan diteruskan secara perlahan-lahan sesuai mematuhi SOP MKN.

Kerja-kerja bagi fasa 3 pembinaan iaitu Foundation Works yang dianggarkan berjumlah RM56 ribu. Fasa tersebut termasuk kerja-kerja menanam cerucuk bakau bagi pembinaan bangunan dewan makan, bangunan bilik air dan setor. Segala proses tersebut telah pon bermula.

Manakala anggaran kos bagi fasa 4 pembinaan juga merupakan fasa terakhir, dijangka dalam RM100 ribu lagi yang diperlukan. Jadi kos secara keseluruhan utk menyiapkan pembinaan bangunan PASTI Mawaddah ini adalah RM156 ribu. ” Semoga pihak mereka dipermudakan urusan membangunkan Pusat Pendidikan ini”.

Menurut pihak pengurusan PASTI Mawaddah Sungai Besar, mereka telah usahakan untuk menyiapkan bangunan-bangunan asas seperti yang telah disebutkan sebelum pembinaan bangunan utama (6 buah kelas) dibina dan memakan kos yang jauh lebih besar.

May be an image of tree and outdoors

Bagi yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke :-

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun : 12-056-01-003704-5
Akaun : PAS Cawangan Sungai Lias Baroh

Setelah bank in, boleh whatsapp ke: 013-2667361 (En. Mohamad) atau 017-9208087 (Hj Mohd Nizam) untuk direkod.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor