Home Berita PAS Wilayah

Perkasa peranan jentera penerangan semua peringkat

389
SHARE

WANGSA MAJU, 20 Jun : Jawatankuasa Penerangan semua peringkat perlu lebih proaktif supaya peranan masing-masing dapat diperkasakan dalam memastikan arahan pimpinan tertinggi disampaikan kepada setiap lapisan petugas.

Perkara itu ditegaskan Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Wilayah Persekutuan, Khairul Anuar Abdul Manap ketika mengulas berkenaan Konvensyen Lajnah Penerangan dan Media Baharu 2021 yang berlangsung pada 18 dan 19 Jun.

Beliau menyifatkan konvensyen berkenaan diadakan tepat pada masanya untuk menyedarkan petugas penerangan di semua peringkat untuk berperanan dengan lebih baik.

“Strategi kerja perlu disusun dalam keadaan semua petugas memahami objektif tugasan dengan jelas agar sasaran dapat dicapai sebaiknya,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar bahan-bahan maklumat yang akan diolah perlu berpusat daripada satu sumber rasmi agar rujukannya jelas dan lebih tersusun.

“Perlu juga diwujudkan pasukan khusus untuk setiap platform media sosial agar medium-medium berkenaan dapat digerakkan dan dipantau mengikut aturan yang betul,” jelasnya.