Home Berita PAS Sabah

Perkasa Fardhu Kifayah dalam kalangan masyarakat

82
SHARE

Oleh : Siti Nadiah Abdul Mutalib

Tawau : Usaha untuk memperkasakan ilmu fardhu kifayah kepada masyarakat dibuat dengan mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Al-Ansar , Balung, kelmarin.

Kursus yang dianjurkan oleh Guru Pelatih Semester 6 (LLA Program Kemasyarakatan) dengan kerjasama Muslimat PAS Cawangan Taman Sawit tersebut disertai 60 orang peserta daripada kalangan guru-guru PASTI serta wanita dari masyarakat setempat.

Kursus disampaikan oleh Ustazah Mulyani Jam Jam, yang berpengalaman selama 20 tahun sebagai pemandi jenazah wanita.

Ustazah Mulyani menyatakan , manusia boleh merancang saat kematian yang baik walaupun rahsia saat kematian itu hanya Allah Taala yang mengetahui nya.

“ Kita boleh merancang kematian yang baik dengan melakukan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat.” Katanya.

Kursus tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Zulkifli Omar, Ketua PAS Cawangan Sawit , Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau dan ahli Briged Muslimat (BM)