Home Minda Presiden

PERJUANGAN NEGARA AGUNG ISRAEL

1
SHARE

Minda Presiden PAS
PERJUANGAN NEGARA AGUNG ISRAEL


Beberapa orang pemimpin politik dan agama Yahudi membuat kenyataan terbuka tentang perjuangan mereka menegakkan negara Israel Agung atau Isra’il Kubra (Greater Israel), sekali gus menjadi kuasa terbesar yang menakluk dunia.

Perjuangan mereka itu termasuk dalam kepercayaan agama Yahudi yang telah diselewengkan, apabila mereka meminda kandungan kitab Taurat iaitu kitab Allah. Hal ini menyebabkan mereka dilaknat dan dimurkai Allah, sepertimana firman-Nya:

وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِأَعۡدَآئِكُمۡۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيّٗا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ نَصِيرٗا ٤٥ مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُواْ يُحَرِّفُونَ ٱلۡكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ وَيَقُولُونَ سَمِعۡنَا وَعَصَيۡنَا وَٱسۡمَعۡ غَيۡرَ مُسۡمَعٖ وَرَٰعِنَا لَيَّۢا بِأَلۡسِنَتِهِمۡ وَطَعۡنٗا فِي ٱلدِّينِۚ وَلَوۡ أَنَّهُمۡ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا وَٱسۡمَعۡ وَٱنظُرۡنَا لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۡ وَأَقۡوَمَ وَلَٰكِن لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفۡرِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُونَ إِلَّا قَلِيلٗا ٤٦

“Dan Allah lebih mengetahui (daripada kamu) tentang musuh-musuh kamu. Dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (bagi kamu). Dan cukuplah Allah menjadi Penolong (bagi kamu). (45) Iaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah perkataan daripada tempat-tempatnya. Mereka berkata, ‘Kami dengar,’ (sedang dalam hati mereka berkata), ‘Kami tidak mahu menurutinya.’ Dan (mereka mengatakan pula), ‘Dengarlah,’ sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan (mereka mengatakan), ‘Ra‘ina,’ dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan, ‘Kami dengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami,’ tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, kerana kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis. (46)” [Surah al-Nisa’: 45-46]

Mereka mengangkat darjat sendiri dengan mengatakan bahawa bangsa Yahudi ialah bangsa yang paling mulia, bahkan dikatakan hanya merekalah manusia yang sebenar. Maka, mereka mestilah mempunyai sebuah negara besar untuk menguasai dunia sepertimana yang pernah dikurniakan kepada Nabi Sulaiman bin Dawud AS.

Padahal negara besar itu hanya khusus kepada Nabi Sulaiman AS sahaja setelah memenuhi syarat menegakkan agama Allah (Islam), bukan kerana kebangsaan Yahudinya. Allah SWT berfirman menceritakan doa Nabi Sulaiman AS:

قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِي وَهَبۡ لِي مُلۡكٗا لَّا يَنۢبَغِي لِأَحَدٖ مِّنۢ بَعۡدِيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ ٣٥

“(Sulaiman) berkata, ‘Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudah aku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi.” [Surah Sad: 35]

Kelebihan itu hanyalah dikhususkan kepada Nabi Sulaiman AS sahaja, tidak lagi dikurniakan kepada orang lain. Malah, diriwayatkan bahawa apabila wafatnya Nabi Dawud AS, Allah SWT melantik puteranya Sulaiman mewarisi kenabian dan kerajaan ayahandanya. Kemudian, Allah SWT berfirman kepada Sulaiman:

‌أَنْ ‌سَلْنِي ‌حَاجَتَكَ.

“Mintalah hajatmu!”

Nabi Sulaiman AS berdoa:

أَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ لِي قَلْبًا يَخْشَاكَ كَمَا كَانَ قَلْبُ أَبِي وَأَنْ تَجْعَلَ قَلْبِي يُحِبُّكَ كَمَا كَانَ قَلْبُ أَبِي.

“Aku memohon kepada-Mu untuk menjadikan hatiku takut kepada-Mu seperti hati ayahku dan menjadikan hatiku kasih kepada-Mu seperti kasihnya ayahku kepada-Mu.”

Allah SWT berfirman:

لَأَهَبَنَّ لَهُ مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ.

“Aku akan (menunaikan hajat hamba-Ku) memberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan ada lagi selepasnya.” [Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, jld. 7, hlm. 73]

Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan yang besar itu dikurniakan kepada Nabi Sulaiman AS yang berjaya menghadapi ujian takhta dan harta, serta terus beristiqamah dan bertaqwa kepada Allah dalam urusan pemerintahannya.

Bahkan, Nabi Sulaiman AS turut menegakkan Islam sepertimana yang ditegaskan dalam warkah kepada Maharani Balqis:

إِنَّهُۥ مِن سُلَيۡمَٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣٠ أَلَّا تَعۡلُواْ عَلَيَّ وَأۡتُونِي مُسۡلِمِينَ ٣١

“Sesungguhnya, surat itu daripada SuIaiman dan sesungguhnya (isinya), ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (30) Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri (Islam).’ (31)” [Surah al-Naml: 30-31]

Islam ialah agama para anbiya’. Maka, kaum Yahudi tidak layak dikurniakan kerajaan seperti para anbiya’ itu. Mereka telah meminda kitab Taurat dan menyatakan bahawa Allah berjanji kepada Nabi Ibrahim AS untuk memberikan kepada zuriatnya negara yang besar sempadannya dari Sungai Nil (di Mesir) ke Sungai Furat (di Iraq), dan dari laut ke laut. Ada kalangan yang ekstrem menyatakan sempadannya merangkumi Palestin, Jordan, Arab Saudi, Mesir, Syria dan Lubnan (Sefir Takwin 18-21:15).

Hakikatnya, para anbiya’ menganut agama Islam, bukannya agama Yahudi. Firman Allah SWT:

وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya‘qub. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anak kesayanganku! (Ketahuilah) bahawa sesungguhnya, Allah telah memilih kepada kamu al-din (Islam), maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.’” [Surah al-Baqarah: 132]

Amanah kepimpinan itu diharamkan kepada mereka yang zalim. Firman Allah SWT:

۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan aku mohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]

Oleh itu, mereka tidak layak kerana tidak menganut Islam dan berlaku zalim. Tindakan mereka untuk melaksanakan cita-cita sesat mereka, menyebabkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menggunakan harta haram seperti riba dan rasuah, bahkan melakukan pembunuhan dan kezaliman yang melampau.

Sejarah perbuatan melampau mereka dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya:

وَتَرَىٰ كَثِيرٗا مِّنۡهُمۡ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٦٢ لَوۡلَا يَنۡهَىٰهُمُ ٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ عَن قَوۡلِهِمُ ٱلۡإِثۡمَ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَصۡنَعُونَ ٦٣ وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤

“Dan kamu akan melihat kebanyakan daripada mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya, amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu. (62) Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? Sesungguhnya, amat buruk apa yang telah mereka kerjakan itu. (63) Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu.’ Sebenarnya, tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa-apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya, dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan. (64)” [Surah al-Ma’idah: 62-64]

Mereka menjadi hina kerana telah membunuh manusia terbaik daripada kalangan para anbiya’ pilihan Allah. Firman Allah SWT:

ضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيۡنَ مَا ثُقِفُوٓاْ إِلَّا بِحَبۡلٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلٖ مِّنَ ٱلنَّاسِ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَسۡكَنَةُۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلۡأَنۢبِيَآءَ بِغَيۡرِ حَقّٖۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ١١٢

“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan daripada Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” [Surah Ali ‘Imran: 112]

Pada zaman Rasulullah SAW, mereka berusaha membunuh Baginda dengan sihir, menghempas dengan batu, meracun dan melancarkan Perang Ahzab setelah bergabung dengan golongan Musyrikin. Padahal mereka tahu akan kedatangan nabi akhir zaman dan kewajipan beriman kepada Baginda SAW.

Akhirnya, Islam berjaya mengalahkan mereka sehingga mereka dihalau dari Semenanjung Tanah Arab.

Setelah itu, kaum Yahudi berjuang melalui pertubuhan Freemason dan Zionis. Freemason lebih memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan melalui pertubuhan bersifat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Lion Club, Rotary Club dan lain-lain. Adapun Zionis pula bergerak ke arah mempengaruhi masyarakat, khususnya pemimpin negara melalui politik, ekonomi dan sosial, serta melibatkan media dan pendidikan sebagai sebahagian daripada alatnya.

Benjamin Ze’ev Herzl (Theodor Herzl), yang dianggap sebagai bapa politik moden Zionisme, telah gagal menggoda Sultan Abdul Hamid, khalifah terakhir ‘Uthmaniyyah. Namun begitu, dia berjaya mempengaruhi kuasa-kuasa besar Barat di Eropah, termasuk yang bertaraf ketua negara.

Usaha tersebut bermula dengan rancangan untuk menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah melalui raja-raja dan para pemimpin Arab, sehinggalah kejayaan melaksanakan Perjanjian Balfour pada tahun 1917. Perjanjian ini membahagikan wilayah ‘Uthmaniyyah dalam kalangan raja dan pemimpin yang menyokongnya, serta menyerahkan Palestin kepada Zionis untuk menubuhkan negara haram Israel bagi melaksanakan perjuangan negara Israel Agung.

Mereka menggunakan strategi tiga serangkai; iaitu management (pengurusan politik), money (ekonomi) dan media (propaganda).

Seterusnya, mereka mengatur strategi untuk menguasai negara, khususnya kuasa besar, dan mempengaruhi masyarakat antarabangsa. Melalui kuasa-kuasa besar ini, dicatur berlakunya Perang Dunia Pertama bagi melaksanakan Perjanjian Balfour selepas itu. Tujuannya untuk menubuhkan negara Israel ke arah pembentukan Negara Agung Israel. Langkah ini bermula dengan pemindahan kaum Yahudi dari seluruh pelosok dunia ke Palestin.

Selepas Perang Dunia Kedua berikutnya, diisytiharkan pula negara Israel yang berdaulat pada tahun 1948. Pengisytiharan ini diiktiraf oleh kebanyakan negara, termasuk dua negara Islam iaitu Turkiye di bawah Mustafa Kemal Ataturk dan Iran di bawah Syah Iran.
Malah, mereka juga menguasai setiap cabang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya Majlis Keselamatan (UNSC) melalui kuasa veto daripada kuasa-kuasa besar bagi membenarkan Israel melakukan apa sahaja dan membatalkan keputusan yang menghukum Israel.

Hakikatnya, Britain yang telah melaksanakan agenda Balfour sehingga berjaya menubuhkan negara Israel pada tahun 1948.

Namun begitu, umat Islam sekali-kali tidak menyerah kalah. Malah, mereka hampir mengalahkan Israel sehingga negara haram itu terpaksa diselamatkan oleh negara-negara kuasa besar dan disokong oleh negara-negara Arab dan Islam yang mengecewakan. Sejarah ini masih berulang hingga kini.

Penguasaan terhadap kewangan yang menjadi nafas ekonomi dunia dilakukan melalui Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atas nama membantu negara-negara miskin dan sedang membangun. Malangnya, kekayaan negara Islam memberi sumbangan yang besar kepada Israel kerana pengaruh politik yang masih melaksanakan penjajahan.

Manakala media pula dijadikan propaganda supaya bersimpati terhadap kaum Yahudi, agar kaum yang paling zalim itu pula yang dianggap sebagai mangsa kezaliman. Hal ini demikian kerana, mereka dikatakan bangsa yang paling mulia kerana berasal daripada rumpun Semitik melalui keturunan Sam bin Nuh AS. Padahal rumpun Semitik kebanyakannya bangsa-bangsa yang berada di Asia Barat dan utara Afrika, bukan hanya bangsa Yahudi sahaja.

Demikian juga anak Nabi Nuh AS yang lain iaitu Ham dan Yafith yang mempunyai zuriat yang tersebar ke seluruh pelosok dunia. Bahkan, ia bercampur lagi melalui perkahwinan sehingga melahirkan berbagai-bagai bangsa lagi.

Namun, dunia ditipu dengan undang-undang anti-Semitik kerana memuliakan bangsa Yahudi. Allah SWT berfirman:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ
١٣

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan perempuan (Hawwa’), dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan (bermasyarakat). Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan kamu).” [Surah al-Hujurat: 13]

Allah SWT menetapkan bahawa orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa kepada-Nya.

Sejarah juga menunjukkan bahawa kaum Yahudi pada zaman Nabi Musa AS gagal untuk masuk ke Palestin kerana mereka telah meninggalkan kewajipan jihad sehingga disesatkan di padang pasir selama 40 tahun. Namun demikian, mereka berjaya memasukinya setelah kembali kepada Islam selepasnya bersama Nabi Yusya‘ bin Nun AS. Akan tetapi, mereka sekali lagi dihalau keluar dari Palestin apabila mengkhianati Islam dan para anbiya’.

Pada zaman Raja Talut bersama nabi mereka, mereka diuji dengan kelaparan dan kehausan. Hanya kalangan mereka yang bersabar sahaja akan mencapai kemenangan. Setelah itu, mereka dilaknat lagi sehingga merempat ke seluruh pelosok bumi.
Khalifah ‘Umar RA menegaskan kepada umat Islam yang membebaskan Palestin pada zamannya:

‌نَحنُ ‌قَوْمٌ ‌أَعَزَّنَا ‌اللهُ ‌بِالإِسْلَامِ، فَمَهمَا ابتَغَينَا العِزَّةَ بِغَيرِ مَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ.

“Kita ialah umat yang diberikan kemuliaan dan keperkasaan oleh Allah bersama Islam. Sekiranya, kita mencari kemuliaan selain Islam (dengan meninggalkan Islam), nescaya kita akan menjadi lemah dan hina.” [Al-Hakim al-Naysaburi, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, jld. 1, hlm. 61]

Negara Arab kalah dan gagal menghadapi Israel apabila mereka meninggalkan Islam dan menganut fahaman nasionalisme yang fanatik termasuk fahaman sekularisme. Mereka mengharamkan kumpulan Islam dan bertindak zalim dengan menentang Revolusi Islam di Iran kerana mazhab Syiah yang dianuti Iran dan kembalinya Iran kepada Islam.

Iran telah melakukan tajdid kepada mazhab dengan kembali kepada Islam dan mengharamkan Israel, serta mengisytiharkan perang ke atasnya. Perubahan ini ditentang oleh negara-negara Arab kerana sifat fanatik perkauman dan fahaman sekularisme yang dianuti mereka. Sejarah membuktikan bahawa negara-negara Arab boleh bersama Iran di bawah pemerintahan Syah kerana Iran ketika itu merupakan sebuah negara sekular di bawah blok Barat yang bermazhab Syiah dan mengiktiraf Israel.

Adapun negara-negara Arab dan Islam menolak kumpulan Islam dan penubuhan negara Islam di Palestin walaupun Hamas telah memenangi pilihan raya secara demokrasi. Sebaliknya, negara-negara ini menerima kumpulan sekular Palestin menjadi wakil rasmi yang diiktiraf.

Kebangkitan Islam telah mencetuskan operasi Taufan al-Aqsa ketika Zionis menunjukkan keangkuhan mereka dengan menceroboh Masjid al-Aqsa dan merancang upacara korban di dalamnya. Di samping itu, Zionis juga melakukan keganasan melampau terhadap rakyat Palestin dengan membunuh, merompak dan merosakkan harta benda.

Apabila kumpulan Islam yang disertai oleh Iran berjihad mengikut hukum Islam, mereka berjuang atas nama Islam yang mengharamkan melampau dalam peperangan. Hal ini demikian kerana, Allah SWT memerintahkan:

وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Mereka berjihad dengan peperangan mengikut hukum Islam secara bertafaqquh. Kesannya, tindakan dan langkah ini menarik masyarakat antarabangsa bukan Islam untuk mengubah perasaan simpati terhadap Israel sejak ditubuhkan kerana dipengaruhi medianya kepada menjadi anti-Israel. Malah, mereka turut menyokong perjuangan kumpulan Islam Palestin kerana menyaksikan pembohongan Zionis.

Apabila kumpulan negara besar Barat menunjukkan sokongan kepada Israel, umat Islam diuji oleh Allah, sepertimana firman-Nya:

هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢

“Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang sangat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’ (12)” [Surah al-Ahzab: 11-12]

Ujian Allah dalam sejarah Perang Ahzab telah menguji umat Islam, khususnya umat yang bernegara yang dikatakan merdeka daripada penjajah dan menjadi negara kaya.

Allah memerintahkan umat Islam supaya bersedia mengikut kemampuan mereka. Firman Allah SWT:

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٖ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ ٦٠

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa-apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa-apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” [Surah al-Anfal: 60]

Allah mewajibkan umat Islam untuk bersedia menghadapi musuh mengikut kemampuan masing-masing. Akan tetapi, mereka bersedia untuk kepentingan yang sempit iaitu untuk berperang saudara, bukannya menghadapi musuh.

Sesungguhnya, Allah menjadikan umat Islam daripada pelbagai bangsa menjadi umat yang bersatu dengan ikatan iman. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” [Surah al-Hujurat: 10]

Malah, Rasulullah SAW juga bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ، ‌إِذَا ‌اشْتَكَى ‌مِنْهُ ‌عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى.

“Bandingan hubungan (persaudaraan) dalam kalangan orang-orang yang beriman dari segi berkasih sayang, bersimpati, dan bertimbang rasa sesama mereka laksana hubungan anggota dalam satu jasad (badan). Apabila satu anggota mengadu kesakitan, semua anggota yang lain turut merasakan kesakitan sehingga berjaga malam dan demam (menghadapi kesakitan).” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, no. 6011, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no. 2586, daripada al-Nu‘man bin Bashir. Lafaz bagi Muslim]

Dalam ujian ini, umat Islam berbelah bahagi, ada yang bersifat munafiq dan ada juga yang lemah imannya dan tidak berperasaan. Namun, ada juga yang sebenarnya beriman, sepertimana firman Allah SWT:

وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢

“Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.” [Surah al-Ahzab: 22]

Ada juga kalangan umat yang berjihad menentang musuh sehingga bertali arus, tidak berhenti dan tidak putus. Firman Allah SWT:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣

“Antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya).” [Surah al-Ahzab: 23]

Mereka tidak menyerah kalah dan membuat persediaan mengikut kemampuan dengan ikhlas dan sabar, serta mengharapkan pertolongan Allah. Firman Allah SWT:

…كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ٢٤٩

“…Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.” [Surah al-Baqarah: 249]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Rabi‘ al-Awwal 1447 / 25 Ogos 2025