Home Berita PAS Terengganu

Perjuangan Gaza menuntut sokongan dan pengorbanan

42
SHARE

Oleh : Fatimah Din/ Foto : Marang TV

MARANG – Rakyat Pelestin yang sedang dilanda perang mengharapkan sokongan dan pengorbanan umat Islam seluruh dunia bersama barisan hadapan menentang pendatang haram Israel.

Ahli Majlis Politik Hamas, Kamal Abdul ‘Aun berkata perjuangaan tidak selesai sehingga Al-Aqsa dibebaskan cari cengkaman penjajah.

“kita memerlukan keinginan dan kesungguhan, tidak ada seorang pun boleh berkata saya tak boleh buat apa-apa,

“sebagaimana nabi bersabda, siapa yang mempersiapakan orang yang berjuang, maka dia telah pun berjuang,” ujarnya ketika berucap dalam ceramah Untukmu Al-Aqsa di sini pada Sabtu.

Katanya, setiap orang mampu melakukan sesuatu, sama ada menderma, menyumbang apa sahaja dan menyebarkan berita
serta maklumat di media sosial.

“Gaza berjuang dan berjihad bukan untuk dirinya tapi Gaza tetap berjuang untuk mempertahankan umat ini,

‘jadi kami sangat harapkan umat Islam yang lain bergerak untuk membebaskan Al-Aqsa,’ jelasnya.

Beliau berkata, walaupun Zionis boleh memusnahkan seluruh bangunan di Gaza, namun ruh dan semangat watannya tetap membara..

“mereka musnahkan tempat tinggal kami tetapi mereka tidak boleh musnahkan maruah dan keinginan untuk mencapai kemerdekaan,” tegasnya.