Home Berita PAS Pahang

PN Pahang, NS perkukuh gerak kerja PRN Sabah

13
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

LAHAD DATU 18 Nov – Perikatan Nasional (PN) Pahang bersama PN Negeri Sembilan ditugaskan membantu gerak kerja PN di kerusi N63 DUN Kunak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Andansura Rabu.

Penugasan ini memberi fokus kepada pengukuhan jentera dan penyelarasan kempen di bawah Parlimen Lahad Datu, beliau berkata demikian melalui laman sosialnya hari ini.

Tegas beliau, persediaan rapi penting untuk memastikan gerak kerja PN lebih teratur dan mantap, sekaligus memperkukuh semangat perjuangan demi kesejahteraan rakyat.

“Calon PN Kasman Karate, juga dikenali dan dihormati oleh masyarakat Kunak, hubungan baik beliau dengan penduduk setempat dilihat membantu kelancaran kempen.

“Maklum balas masyarakat setempat terhadap PN setakat ini sangat positif dan memberangsangkan dan ia memberi suntikan semangat kepada jentera yang bekerja sepanjang masa,” tambah beliau lagi.

Namun beliau mengingatkan bahawa persaingan tetap sengit kerana parti-parti lain mempunyai kekuatan tersendiri.

Beliau berharap agar segala urusan jentera dipermudahkan Allah dan membawa manfaat kepada masyarakat Kunak.

Beliau mengakhiri kenyataan dengan seruan semangat kepada jentera PN di Sabah, “Kasi Bagus Sabah!,” ujar beliau.