Home Berita PAS Selangor

Perikatan Nasional Gombak terus berbakti kepada rakyat – PAS Kawasan Gombak

144
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 19 September – Pasukan Konvoi Jelajah Prihatin Perikatan Nasional Parlimen Gombak meneruskan lagi misi kebajikan mereka di DUN Gombak Setia, semalam.

Dalam siri kedua ini, sebanyak 100 bakul makanan telah disumbangkan secara ‘pandu lalu’ kepada penerima di sekitar DUN Gombak Setia. Majlis penyerahan bakul makanan tersebut telah mendapat komitmen penuh daripada wakil pimpinan parti.

Antara barisan pimpinan yang hadir termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak Ustaz Mohd Taufik Yusof, AJK PAS Kawasan Gombak Tuan Hj Ramli Talib dan Tuan Azizul Abu Bakar serta para sukarelawan muslimat PAS Gombak.

May be an image of 5 people and motorcycle

Turut hadir bersama mengiringi pimpinan parti PAS, Ketua Bersatu Bahagian Gombak, Tuan Nizam Sani dan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil. “Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban warga Gombak yang terkesan akibat COVID-19”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor