Home Berita PAS Selangor

Perginya ‘Mail Rajin’ dirasai oleh PAS Kapar – PAS Kawasan Kapar

53
SHARE

May be an image of 3 people, people standing, people sitting and text that says "OPPO A12 ©BY AZHAR PHOTOSHOT 2021 10/24 09:35"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAPAR, 26 Oktober – YDP PAS Kawasan Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh bersama-sama pimpinan dan sahabat PAS Cawangan Jalan Musran telah turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada balu dan keluarga AlMarhum Ismail Mohd Noor (Mail Rajin) di rumahnya.

Menurut PAS Kapar, arwah cukup dikenali dengan sifat rajinnya dan suka membantu walaupun berada di mana sahaja. Tidak banyak bercakap tetapi banyak bekerja. Sehingga sahabat-sahabatnya menggelarkan ‘Mail Rajin’.

Sudah pastinya berita pemergian beliau amat dirasai oleh rakan-rakan dan PAS Kawasan Kapar. Moga Almarhum ditempatkan bersama-sama As-Solihin. Semoga ahli keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan walaupun kehilangan seorang ahli keluarga yang sangat dicintai.

Al-Fatihah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor