Minda Presiden PAS
[Bil: 57 / 2024]
PERCAYALAH! KUMPULAN ISLAM PENYAMBUNG PERJUANGAN PARA ANBIYA’
Allah menetapkan dalam al-Quran tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah SWT:
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ٥٦
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” [Surah al-Zariyat: 56]
Mengabdi kepada Allah bermaksud dalam urusan ibadat serta mengikuti seluruh ketetapan dan petunjuk-Nya dalam kejadian serta kehidupan manusia.
Seterusnya tujuan penciptaan manusia untuk menjadi khalifah (politik), mentadbir urusan alam dunia, sebagaimana firman Allah SWT:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.’” [Surah al-Baqarah: 30]
Khilafah bermaksud mentadbir, mengurus, dan memerintah negara dengan Islam (politik).
Dan tujuan manusia diciptakan juga supaya menunaikan amanah yang bermaksud menegakkan keadilan hukum Allah dan petunjuk-Nya. Firman Allah SWT:
إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا ٧٢
“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” [Surah al-Ahzab: 72]
Ayat di atas ditafsirkan oleh firman Allah SWT:
۞ إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]
Peranan tersebut tepat dengan fitrah manusia yang berbeza dengan makhluk yang lain.
Para nabi dan rasul pula dilantik bersama kitab untuk memimpin dan menjadi teladan kepada manusia dalam semua urusan tersebut. Firman Allah SWT:
كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ ٢١٣
“Manusia itu ialah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar untuk memberikan keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka, Allah menunjuki orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” [Surah al-Baqarah: 213]
Firman Allah SWT:
وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٣٦ إِن تَحۡرِصۡ عَلَىٰ هُدَىٰهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَن يُضِلُّۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ٣٧
“Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), ‘Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah taghut (pelampau yang menentang agama Allah) itu.’ Maka, antara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada pula antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka, berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (36) Jika kamu sangat mengharapkan agar mereka mendapat petunjuk, maka sesungguhnya, Allah tiada memberikan petunjuk kepada orang yang disesatkan-Nya, dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong. (37)” [Surah al-Nahl: 36–37]
Para rasul itu menjadi pemimpin dan teladan dalam perjuangan menyampaikan Islam dan menegakkannya dalam semua perkara tersebut.
Firman Allah SWT:
۞ وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam (pemimpin) bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘Dan (aku memohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]
Berlaku cabaran kepada para rasul itu apabila ada kalangan manusia yang melampau terpesong aqidah ibadatnya, diikuti oleh penyelewengan cara hidup dunia, khususnya dalam aspek khilafah (politik), ekonomi, dan akhlak. Maka, rasul setiap zaman terpaksa berjuang menentang penyelewengan itu demi menyelamatkan manusia dan keadaan dunia seluruhnya.
Penyelewengan dilakukan oleh pemerintah yang berkuasa memimpin negara seperti Firaun, Namrud, dan lain-lain atau oleh kumpulan yang berpengaruh menipu rakyat yang dinamakan al-mala’. Dalam istilah terkini, mereka dinamakan sebagai diktator secara individu ataupun demokrasi yang menipu rakyat secara kumpulan yang dilantik oleh orang ramai.
Nabi Nuh AS menghadapi kesesatan aqidah yang dipimpin oleh al-mala’, diikuti dengan tambahan kezaliman politik pada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Musa AS oleh individu, tambahan kezaliman ekonomi pada zaman Nabi Shu‘aib AS, serta tambahan kejahatan akhlak pada zaman Nabi Lut AS. Begitulah cabaran yang dihadapi oleh semua rasul.
Nabi akhir zaman, Muhammad SAW menghadapi semua penyelewengan yang berkumpul yang dipelopori oleh para pemimpin pada akhir zaman yang lebih besar dan berkuasa terhadap rakyat.
Perjuangan Islam yang dilantik para anbiya’ untuk melaksanakannya itu tidak ditamatkan dengan kewafatan nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.
Selepasnya, Allah mewajibkan adanya kumpulan Islam yang sifat-sifatnya ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran, kitab mukjizat ilmu yang dipelihara daripada penyelewengan yang berlaku kepada kitab-kitab lain.
Peranan kumpulan itu dihuraikan oleh firman Allah SWT:
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤
“Dan hendaklah ada antara kamu satu golongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf, dan mencegah daripada yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” [Surah Ali ‘Imran: 104]
Perkataan ‘ummah’ di sini dengan makna kumpulan daripada mereka yang beriman mengandungi tiga kewajipan:
1.Berdakwah kepada kebajikan (ajaran Islam yang sempurna).
2.Berkuasa memerintah untuk melaksanakan Islam.
3.Berkuasa menentang kemungkaran meninggalkan Islam.
Hal ini ditafsirkan oleh firman Allah SWT:
ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١
“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allahlah kembali segala urusan.” [Surah al-Hajj: 41]
Perkara ini ditafsirkan juga oleh hadis Rasulullah SAW:
مَا مِنْ نَبيٍّ بَعَثَهُ اللهُ فِي أُمَّةٍ قَبْلِي إِلَّا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ، ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ، يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ، وَيَفْعَلُونَ مَا لَا يُؤْمَرُونَ، فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الْإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ.
“Setiap orang nabi yang dilantik oleh Allah kepada umat sebelumku, ada bersamanya dalam kalangan umatnya para pengikut yang setia serta para sahabat yang mewarisi ajarannya dan patuh kepada perintahnya. Kemudian, berlaku penyelewengan selepas nabi itu tiada lagi (wafat), ada kalangan yang mencipta perkara yang tidak diperintahkan oleh agama dan melakukan kemungkaran yang tidak disuruh oleh agama. Oleh itu, sesiapa yang berjihad (berjuang) menentang dengan tangan (melalui kuasa), maka dia beriman. Sesiapa yang berjihad dengan lidahnya, maka dia beriman. Dan sesiapa yang berjihad dengan hatinya, maka dia beriman. Tidak ada lagi iman selepasnya walau sebesar biji yang paling kecil.” [Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, No. 50, daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud]
Sabda Rasulullah SAW:
لَا يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللهِ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلَا مَنْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ.
“Sentiasa ada dalam kalangan umatku kumpulan yang bangkit melaksanakan perintah Allah (berjuang menegakkan Islam), yang tidak boleh dimudaratkan (dihapuskan) oleh sesiapa yang mengecewakan mereka dan menentang mereka, sehingga datang keputusan Allah (sama ada menang ataupun ditangguhkan), namun mereka terus berjuang.” [Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, No. 3641, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, No. 1037, daripada Mu‘awiyah. Lafaz bagi al-Bukhari]
Di sini menunjukkan wajib adanya kumpulan Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW yang melangsungkan perjuangan menegakkan Islam.
Sifat-sifat ahli dan anggotanya dinyatakan pula oleh firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٥٤ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٰكِعُونَ ٥٥ وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ ٥٦
“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa antara kamu yang menyeleweng daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela! Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (54) Sesungguhnya, penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (55) Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya, pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (56)” [Surah al-Ma’idah: 54–56]
Sifat-sifat ahli kumpulan itu dihuraikan satu per satu:
Pertama: Mengasihi Allah dan Rasul dan dikasihi oleh Allah dan Rasul kerana meneruskan
seluruh perjalanan perjuangan Rasulullah SAW, berpandukan firman Allah SWT:
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١ قُلۡ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٣٢
“Katakanlah, ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (31) Katakanlah, ‘Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang kafir.’ (32)” [Surah Ali ‘Imran: 31–32]
Bermula dengan ucapan dua kalimah syahadah sehingga menegakkan negara di Madinah (menegakkan Islam yang sempurna).
Kedua: Merendah diri terhadap saudara seagama dan gagah perkasa menghadapi musuh.
Ketiga: Berjihad dengan harta dan jiwa raga.Keempat: Teguh menghadapi celaan dan penghinaan oleh musuh.
Kelima: Memberikan wala’ (setia kepada Allah dan Rasul).
Keenam: Memberikan wala’ kepada kepimpinan Islam yang taat kepada Allah dan Rasul.
Sifat-sifat tersebut lahir dengan ikhlas setelah menghadapi ujian dengan kepercayaan kepada janji kemenangan dunia dan akhirat oleh Allah. Firman Allah SWT:
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ ٢١٤
“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” [Surah al-Baqarah: 214]
Firman Allah SWT:
الٓمٓ ١ أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ ٢ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَٰذِبِينَ ٣
“Alif lam mim. (1) Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ sedang mereka tidak diuji lagi? (2) Dan sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka, sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya, Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3)” [Surah al-‘Ankabut: 1–3]
Firman Allah SWT:
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣
“Antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa-apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka, antara mereka ada yang gugur, dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu, dan mereka tidak merobah (janji mereka).” [Surah al-Ahzab: 23]
Al-Quran bukan sahaja menyebut ajaran dan petunjuk Allah yang sempurna iaitu Islam, agama yang dianut oleh semua rasul dan anbiya’, malah menyertakan juga perjuangan mereka pada zaman masing-masing menghadapi manusia yang sesat dan melawan Islam, sehingga para rasul yang dilantik berjuang menegakkan Islam untuk disampaikan kepada manusia supaya menjadi teladan yang berpanjangan. Betapa berlaku kemusnahan hidup di alam dunia akibat konsep madani yang salah meninggalkan Islam atau menentangnya. Firman Allah SWT:
وَلَقَدِ ٱسۡتُهۡزِئَ بِرُسُلٖ مِّن قَبۡلِكَ فَحَاقَ بِٱلَّذِينَ سَخِرُواْ مِنۡهُم مَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ١٠ قُلۡ سِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ ٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ١١
“Dan sungguh, telah diperolok-olokkan beberapa orang rasul sebelum kamu, maka turunlah kepada orang-orang yang mencemuhkan antara mereka balasan (azab) olok-olokan mereka. (10) Katakanlah, ‘Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.’ (11)” [Surah al-An‘am: 10–11]
Walaupun kuasa besar yang paling hebat madaninya bertamadun dan kaya-raya, pasti menerima akibatnya jika menentang Islam. Firman Allah SWT:
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ٦ إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ ٧ ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ ٨ وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ ٩ وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ ١٠ ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ ١١ فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ ١٢ فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ ١٣
“Adakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad? (6) (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7) Yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. ( Dan kaum Thamud yang memotong batu-batu besar di lembah. (9) Dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). (10) Yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri. (11) Lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. (12) Kerana itu, Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. (13)” [Surah al-Fajr: 6–13]
Namun, para rasul berjuang bagi menyelamatkan manusia bersama Islam. Maka, begitulah juga kewajipan kumpulan Islam yang menyambung perjuangan mereka, bukan sekadar berdakwah dan mengajar sahaja.
Kumpulan Islam diperintahkan supaya mempelajari Islam dengan tafaqquh (kefahaman) dan memberikan peringatan serta amaran. Firman Allah SWT kepada Rasulullah SAW:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ ١ قُمۡ فَأَنذِرۡ ٢
“Wahai orang yang berselimut! (1) Bangunlah, lalu berikanlah peringatan! (2)” [Surah al-Muddaththir: 1–2]
Firman Allah SWT kepada para ulama’:
۞ وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢
“Tidak sepatutnya bagi Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perjuangan). Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila kaum itu telah kembali kepada mereka, supaya mereka itu dapat menjaga diri.” [Surah al-Tawbah: 122]
Firman Allah SWT memberikan amaran kepada mereka yang tidak berjuang menegakkan Islam:
إِلَّا تَنفِرُواْ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا وَيَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيۡـٔٗاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٣٩
“Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberikan kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Tawbah: 39]
Hanya Islam yang telah membuktikan kejayaan memimpin masyarakat majmuk ketika wilayahnya paling besar dan hubungan jaraknya yang jauh di antara wilayah. Masyarakat majmuk semua kaum dan penganut agama menerima kepimpinan Islam menjadi penyelamat, bukannya penjajah. Jenama ‘Madinah’ menjadi contoh madani yang istiqamah dan berkekalan selama beberapa abad memimpin dunia. Firman Allah SWT:
ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠
“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [Surah al-Hajj: 40]
Konsep tiada paksaan beragama, adil kepada semua, serta ada perhitungan dosa dan pahala dalam semua urusan negara menjadikan hubungan kemanusiaan terkawal dengan baik dan aman. Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil! Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Ma’idah: 8]
Adapun kejatuhan kerajaan Islam berlaku apabila para pemimpinnya meninggalkan ajaran Islam dan melaksanakan penyelesaian asing ke dalam negara Islam, kerana terpengaruh dengan madani jahiliah dan kemajuan kebendaannya tanpa roh yang sedang membakar madani yang mencipta Tamadun Barat terkini.
Firman Allah SWT:
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa-apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa-apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya, Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa mereka. Dan sesungguhnya, kebanyakan manusia ialah orang-orang yang fasiq. (49) Adakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (50)” [Surah al-Ma’idah: 49–50]
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Jumada al-Akhirah 1446 / 24 Disember 2024