Home Berita PAS Wilayah

Perbincangan Pembangunan Ummah antara PAS Wilayah dan PKS Batam

619
SHARE

Oleh : Syarifah Syahidah

5 Oktober 2019

KUALA LUMPUR : Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan buat julung-julung kalinya telah mengadakan satu pertemuan bersama pimpinan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Propinsi Batam Indonesia pada di Kuala Lumpur, baru – baru ini.

Pertemuan selama dua jam setengah yang dihadiri oleh H Syaufudi Fauzi selaku Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD) PKS Kota Batam, Riza Hendri Jopie selaku Bendahara DPD PKS Kota Batam dan Imam Basa selaku Ketua Bidang Kaderisasi DPD PKS Kota Batam telah banyak memberi ruang untuk kedua – dua pihak bertukar pandangan.

Antara topik yang dibincangkan adalah berkisar tentang produk pendidikan keluaran kedua – dua parti iaitu Pasentren Pra Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah oleh PKS dan Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) serta Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) oleh PAS.

Perbincangan turut menyentuh tentang politik bandar dan pinggir bandar, aktiviti kebajikan masyarakat umum melalui gerak kerja Jabatan Amal, ekonomi ikan sapi dan juga rancangan untuk mengadakan kunjungan hormat ke Batam.

Siri pertemuan sebegini sangat dialu – alukan oleh PAS Wilayah Persekutuan dan semoga pada setiap perkara yang dibincangkan dapat dimanfaatkan untuk ummah dan Islam.