KUALA TERENGGANU – Perbelanjaan pembangunan yang diberikan kerajaan persekutuan dan pembayaran royalti petroleum adalah dua perkara yang berbeza yang perlu difahami oleh semua pihak sama ada di peringkat negeri atau pun pusat.
Naib Presdiden PAS Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dakwaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tentang perbelanjaan untuk Terengganu yang meningkat berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, sangat mengelirukan untuk dikaitkan dengan duit royalti yang menjadi hak negeri Terengganu.
“Perbelanjaan pembangunan yang berlaku bukan sehari dua tetapi masa dairpada tahun sebelum-sebelum ini lagi, ada ‘developement expenditure’ ini kerana projek-projek tertentu yang masa masa lima tahun ada yang bermula sejak 2016, 2017.
“Itu semua zaman sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi dan juga Dato’ Ismail Sabri sebelum daripada PMX jadi kalau kita hendak kita dari segi perbelanjaan pembangunan itu tidak adillah,tetapi kita hargai apa jua jumlah peruntukan yang diberikan,
“Yang dipersoalkan oleh pentadbiran kerajaan dan juga rakyat negeri Terengganu adalah perolehan Dana Khas Kerajaan Persekutuan yang kita paggil sebagai royalti itu yang kita persoalkan kerana ia berbeza antara ‘developement expenditure’, ‘rolling plan’ daripada Rancangan Malaysia dengan pendapatan hasil royalti,” tegasnya.
Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu , berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengadakan lawatan ke lokasi bencana ribut Daerah Marang, pada Jumaat 19 Julai.
Dalam pada itu menurutnya, sehingga kini kerajaan persekutuan tidak membayar secara terus royalti petroleum secara terus kepada akaun kerajaan negeri sebaliknya, menggunakan pendekatan yang sama iaitu melalui tuntutan dan rundingan.
“Masih lagi ambil pendekatan yang sama iaitu ‘claimable’ berdasarkan kepada tuntutan permohonan kadang kala 10 permohonan, enam tak lulus, empat lulus,
“lepas tu kita buat rayuan pula tambah lagi dengan permohonan baru itu yang kita laksanakan dari bulan ke bulan,” ujarnya.