Home Berita PAS Terengganu

Perantau terharu disantuni

91
SHARE

MARANG – Anak-anak Alor Limbat di perantauan terharu, merakamkan penghargaan keoada Pengarah Majlis Tindakan DUN YB Ariffin Deraman atas penganjuran Majlis Sambutan Idulfitri bersama Perantau yang di adakan di kediamannya pada 4 Mei yang lalu.

Mohd Hadi Mohd ketika dihubungi, menyatakan begitu teruja atas jemputan tersebut dan sangat gembira dengan majlis tersebut.

“Ya,seronok dan gembira, itulah yang boleh saya katakan, kerana anak anak perantau seperti kami dihargai kerana sudah lama tidak merasai suasana seperti ini.

“Di tambah lagi pengumuman yang di buat oleh kerajaan negeri untuk menyediakan bantuan “one off” kepada rakyat Terengganu diperantauan.” ujarmya.

Dalam pada itu Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, mengucapkan terima kasih kepada perantau yang hadir.

“Saya ucapkan selamat datang dan terima kepada seluruh perantau di DUN Alor Limbat ini yang hadir,

“Sebenarnya, majlis seperti ini adalah medium terbaik menyantuni rakyat Alur Limbat yang berada di perantauan.” jelasnya.

Katanya beliau dimaklumlan, peruntukan kerajaan negeri untuk perantau yang di namakan sebagai i-perantau mendapat sambutan yang sangat baik.

“saya mendapat makluman bahawa permohonan yang diterima cukup banyak.Kita yakin kerajaan akan mengagihkan bajet khas ini kepada semua anak perantau yang layak serta memerlukan,

“Sedikit sebanyak membantu tambahan kewangan bagi ketua isi rumah yang di bebani dengan kos kehidupan yang meningkat tinggi.” Tambahnya.

Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan ‘one-off’ sebanyak RM1.5 juta bagi 5,000 ketua isi rumah yang berada di perantauan yang layak.