Home Berita PAS Terengganu

Perantau gembira, mahu Kerajaan sedia ada kekal

182
SHARE

PASIR GUDANG – Rata-rata anak perantau Terengganu berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini dan mahu ia dikekalkan.

Perantau yang berasal dari Pulau Serai, Dungun Wan Mohd Syazwan Mohd Zamri mengakui dia berbangga dengan prestasi cemerlang dan pelbagai perubahan yang dibawa PAS.

“Saya sangat berpuas hati saya rasa sangat rugi jika rakyat sama ada yang berada dalam negeri ataupun yang merantau tidak mengundi atau memilih kerajaan sekarang.

“Sebenarnya yang mendakwa tiada pembangunan ini dia ada masalah hati yang payah hendak diubati setelah dibuat pelbagai kebaikan pun masih kata ‘dok molek’ sedangkan banyak kebaikan telah dilakukan.

“Kita ambil satu contoh mengenai manifesto menyediakan lesen motosikal percuma perkara itu sangat baik sehingga Kerajaan Persekutuan pun turut menawarkan perkara ini untuk dilaksanakan,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman dalam program Dialog dan Jamuan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, di Dewan Serbaguna Taman Musa Damai, di sini, hari ini.

Tambah Syazwan lagi kerajaan hari ini juga telah melakukan perubahan yang besar dari sudut mendidik rakyat melalui program-program keagamaan dan hiburan beeterakan agama.

Hal ini jelasnya telah memberi impak perubahan cukup besar dalam kalangan rakyat.

“Ini juga membezakan Terengganu dengan negeri yang lain misalnya ketika menghampiri waktu Solat Jumaat semua peniaga termasuk bangsa Cina dan India dah faham sehingga tiada masalah untuk menghentikan operasi perniagaan.

“Sangat relevan dan sangat bersetuju kerajaan sekarang dikekalkan kerana telah membawa perubahan dari pelbagai sudut berteraskan agama sama ada dari segi ekonomi, pembangunan, pendidikan dan sebagainya,” ujarnya.

Seorang lagi perantau yang berasal dari Seberang Takir, Nazwanie Muda, 35, juga turut menzahirkan perasaan bangga dengan Kerajaan Terengganu hari ini di samping membawa perubahan juga turut mencaknai kebaikan rakyat.

“Alhamdulillah, saya tengok kerajaan sekarang adalah pilihan yang baik untuk rakyat melalui semua manifesto yang dijanjikan telah ditunai serta sedang berjalan, ini menunjukkan pimpinan memberi komitmen yang tinggi, tiada istilah ‘curi tulang’ kerana membuat kerja masing-masing.

“Lebih mengembirakan apa yang dinikmati oleh rakyat yang berada dalam negeri turut kami rasai antaranya Skim Permata Sejahtera, walaupun berada jauh dari negeri sendiri masih tetap merasai keistimewaan sebagai rakyat Terengganu, segala apa yang dilakukan telah cukup bagus,” ujarnya.

Dalam pada itu dia yang telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kota Masai II menyifatkan pertemuan bersama perantau pada hari sangat bermakna dan terasa dihargai.

“Nampak kerajaan sekarang bersungguh-sungguh seolahnya memberikan satu jawapan kenapa ia perlu dikekalkan untuk terus membawa agenda kebaikan, kebajikan dan pembangunan untuk diteruskan pada masa-masa mendatang,” ujarnya.