Home Artikel PAS Perak

Perak Wajar Bertindak Segera Atasi Kes Penagihan Dadah | Ketua Penerangan PAS Perak

68 views
SHARE

Oleh: Hafez Sabri [Ketua Penerangan PAS Perak]

Laporan akhbar baru-baru ini memaparkan bahawa Negeri Perak mencatatkan tangkapan tertinggi dalam penahanan kes Dadah. Dalam laporan tersebut jumlah tangkapan yang dilakukan melebihi seribu individu yang ditahan dalam Ops Ice Breaker yang dijalankan bermula 29 Julai yang lalu.

PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak yang berjaya memperoleh tangkapan tertinggi berbanding negeri lain lantas membuktikan komitmen PDRM Perak dalam membasmi najis dadah daripada terus berleluasa di negeri ini. Peranan PDRM selaku pihak berkuasa bagi mengurangkan gejala penyalahgunaan dadah ini sangat Diharapkan bagi memastikan Perak bebas najis dadah menjelang tahun tahun terkehadapan.

Penyelesaian terbaik sudah semestinya bersandarkan kaedah dan pendekatan yang digariskan oleh Islam, Islam itu sendiri sifatnya mendidik maka peranan mendidik masyarakat dan golongan yang terjebak dalam ketagihan dadah perlu dipandu berasaskan  konsep dan pendekatan yang digariskan oleh Islam. Amalan pembacaan Al- Quran merupakan terapi utama yang ternyata berkesan mengurangkan kecenderungan penagih kembali dalam penyalahgunaan bahan terlarang tersebut. AADK sendiri pernah melaporkan bahawa  pembacaan Al- Quran yang dijalankan dalam Program Quran Hour dengan kerjasama JAKIM sangat memberi manfaat dan kesedaran untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

Peranan penting datangnya daripada Institusi Pendidikan yang menjadi medium utama membantu masyarakat menghindari penyalahgunaan dadah. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui kumpulan penyelidikannya iaitu Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) berjaya membentuk kerjasama erat bersama pemegang taruh yang terlibat seperti AADK, PDRM dan golongan yang terjebak dalam najis dadah itu sendiri. Melalui program yang dilaksanakan ternyata berjaya memberikan kesedaran kepada masyarakat.

PAS Perak mengesyorkan agar Institusi Pendidikan yang berada dibawah kerajaan negeri khasnya dan Instisusi pendidikan yang berada dalam negeri Perak umumnya supaya turut berperanan sepertimana yang dilakukan oleh USIM, menyelesaikan isu ummat atau masyarakat dan tidak wajar beban menyelesaikan hanya diletakkan atas satu bahu sahaja seperti PDRM. Pemerkasaan pelbagai institusi yang berada dalam negeri Perak sangat perlu bagi memastikan isu najis dadah dapat diselesaikan dengan baik. Kita mengharapkan negeri Perak terkehadapan dalam melahirkan golongan bijak pandai dan pengurangan golongan penagih merupakan ukuran penting kepada keharmonian dalam masyarakat di Negeri ini.

Sumber

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10157839344859883&id=87363369882

https://www.usim.edu.my/ms/berita/acreda-usim-main-peranan-sebagai-national-drug-information-centre-n-dice/

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/al-quran-rawatan-terbaik-8232-atasi-ketagihan-dadah-1.738899