Home Berita PAS Terengganu

Perairan Terengganu adalah Hak Milik Negeri dan Rakyat Terengganu

13
SHARE

Oleh : Wan Faizul Abas

Kenyataan Azalina Othman semalam berkait pembayaran 5% royalti petroleum hanya akan dibayar jika penemuan dan pengambilan hasil bumi Terengganu berada dalam lingkungan 3 batu nautika sahaja itu bercanggah dengan prinsip federalisme yang sepatutnya menghormati hak negeri Terengganu.

Akta Laut Wilayah 2012 tidak sepatutnya dikuatkuasakan. Bahkan sepatutnya dibatalkan kerana Sidang Dun Terengganu telah menolak.

Perairan Terengganu termasuk dalam hakmilik kerajaan Terengganu yang berdaulat. Mengisytiharkan perairan Terengganu di luar tiga batu nautika itu milik Persekutuan menandakan pencerobohan secara undang-undang yang tempang telah dilaksanakan.

Syarat sesuatu tanah (termasuklah perairan yang sebelum ini diiktiraf sebagai hak negeri) nak dimasukkan ke dalam Persekutuan, hendaklah melalui 3 proses:

1. Rang undang² berkait kawasan yang hendak diserahkan kepada Persekutuan hendaklah dibentang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.
2. Hendaklah dibentang dan diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri tersebut
3. Hendaklah dipersembah dan diterima oleh anggota Majlis Raja².

Contohnya Kuala Lumpur yang dahulunya milik negeri Selangor. Nak dijadikan Wilayah Persekutuan, hendaklah melalui 3 proses di atas. Bahkan dibuat majlis gilang gemilang pada 1 Februari 1974 mengisytiharkan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan.

Saya desak kerajaan negeri Terengganu cabar keabsahan Akta 144 (Akta Laut Wilayah 2012) tersebut di mahkamah.

Saya, Wan Mohd Faizul Wan Abas, Pengerusi Jawatankuasa R (Menuntut Royalti) negeri Terengganu, membantah sekeras²nya kenyataan Datuk Seri Azalina Othman tersebut.