Home Berita PAS Selangor

Penyerahan sumbangan ke Pusat Kuarantin (PKRC),Serdang – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

86
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Serdang | Syabab Care Malaysia dapat bersama dengan Khidmat Malaysia Negeri Selangor dan beberapa NGO lagi menyerahkan sumbangan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) petang tadi.

Menurut Saudara Mohd Fadli Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care, “sumbangan telah diberikan kepada pertugas Barisan Hadapan dan pesakit di sini. Sumbangan kali ini berupa bantuan makanan, minuman, “face mask” dan pakaian perlindungan (PPE) termasuk 500 naskhah Al Quran bagi pesakit Muslim memenuhi masa mereka membaca Al Quran di sana”.
“Keseluruhannya sumbangan berjumlah RM10 ribu ini telah diterima sendiri oleh Timbalan Pengarah 2 PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, Kolonel (Dr) Aeriza binti Dato Mohd Yusak dan juga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat operasi PKRC Dewan MAEPS” ujar beliau lagi.

Rombongan Khidmat Malaysia diketuai oleh Pengerusi KMNS Ustaz Noor Najhan Muhammad Salleh bersama wakil NGO Syabab Care, Papisma Selangor, Bekawanis, DAIE dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.
“Masih banyak lagi barang-barang bantuan yang diperlukan di sini seperti topeng muka “face mask”, “face Sheild”, baju PPE, makanan segera, biskut, air mineral, air kotak, lampin pakai buang dan juga barang kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi dan sebagainya” sambung beliau lagi.

“Sumbangan orang ramai bagi membantu bersama dalam usaha ini boleh diserahkan dalam bentuk barangan atau wang ringgit kepada kami melalui Tabung Kebajikan dan Kemasyarakatan Covid-19 Syabab Care Malaysia” akhir kata beliau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor