Home Berita PAS Kedah

Penyerahan katil hospital dan kerusi roda kepada pesakit memerlukan

264
SHARE

LANGKAWI, 20 Dis –  Ahli Majlis Perbandaran Langkawi, Zubir Ahmad,  bersama Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Langkawi, Ustaz Mohd Shazuri Saad dan AJK Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Langkawi, Nurul Taqwa Hamid menyerahkan  katil hospital dan kerusi roda kepada pesakit di Temonyong, Rabu lalu.

Pemberian katil hospital itu diberi kepada Muhamad Saad Ahmad yang mengalami ketumbuhan otak dan parkinson sejak Mei 2021.

Manakala, sebuah kerusi roda disumbangkan kepada Kiah Salleh yang patah paha kiri dan alami stroke sejak awal tahun 2020.

“Semoga Abang Saad dan Kak Kiah segera  sembuh, tabah dan sabar dengan penderitaan yang dialaminya,” ujar Zubir Ahmad.