Home Berita PAS Selangor

Penyerahan 10 unit bakul makanan kepada DHPP kawasan – PAS Kawasan Hulu Selangor

36
SHARE

May be an image of 2 people and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

HULU SELANGOR, 3 November – YDP PAS Hulu Selangor Tuan Haji Mohd Hasnizan Harun bersama Lajnah kebajikan PAS Hulu Selangor telah menyampaikan serahan sumbangan kepada Setiausaha Dewan Himpunan Pendokong PAS Hulu Selangor En Balu.

YDP berkata “Alhamdulillah, walaupun kita masih meneruskan dalam pelbagai program Genggam anjuran PAS Hulu Selangor, dengan kesempatan ini juga dapat menyerahkan sumbangan sebanyak 10 pek bakul makanan kepada pihak Dewan Himpunan Pendokong PAS Hulu Selangor”.

Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu dan menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Hulu Selangor tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS Hulu Selangor mengucapkan terima kasih kepada YDP PAS dan Lajnah Kebajikan PAS Hulu Selangor atas serahan sumbangan tersebut kepada pihak DHPP. Semoga kita hendaklah saling memupuk semangat perpaduan dan bersama membawa konsep ” Keluarga Malaysia” di negara kita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor