KG. BATU MUDA, 23 Oktober 2017 – PAS Kawasan Batu memgambil inisiatif untuk turun ziarah, berjumpa serta mendengar permasalahan pengundi di PPR Batu Muda.
Menerusi bakal calonnya, Puan Hajah Salbiah Binti Abdul Wahab, PAS Kawasan Batu menawarkan penyelesaian isu setempat melalui kaedah Islam. Tawaran itu disambut dengan baik sekali beserta sokongan kuat para pengundi setempat kepada bakal calon PAS Kawasan Batu.
Salah sebuah keluarga memetik berkata, kemampuan PAS memerintah Kelantan selama 22tahun dengan rekod bersih tanpa penyelewengan menjadikan dirinya dan keluarga rasa amat yakin,selesa dan terpanggil untuk memastikan PAS dapat memerintah Kawasan Batu sekaligus menawan Putrajaya.
Bakal calon PAS juga menyantuni anak-anak muda setempat dengan mengingatkan kepada mereka bahawa mereka adalah harapan negara dan betapa mereka perlu untuk memahami Quran dan Islam agar generasi akan datang terselamat dari tipudaya dunia.
Program yang dihadiri oleh jentera PAS tersebut disambut baik oleh penduduk setempat dan meyakini bahawa Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.