Home Artikel PAS Perak

Penyatuan Ummah Perlu Diteruskan Demi Islam

189 views
SHARE

Oleh Mohd Syamil Azhar.

IPOH – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak akan memikirkan untuk menganjurkan program-program tertentu bagi nemastikan momentum penyatuan ummah dapat dikekalkan.
Ketuanya, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin, berkata penyatuan ummah yang ditunjukkan ketika Himpunan Bantah Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu lalu perlu diteruskan di peringkat komuniti.
Katanya, untuk peringkat komuniti, program-program seperti forum, ceramah dan sebagainya perlu diperbanyakkan dan masjid adalah pusat penyatuan ummah.
“Kejayaan himpunan bantah ICERD baru-baru ini, membuktikan orang Islam boleh berjaya jika bersatu dan masyarakat Islam akan lebih bersatu selepas ini apabila ada pihak cuba mengancam agama Islam dan orang Melayu.
“Justeru perpaduan ummah ini akan terus dikekalkan di peringkat akar umbi. Kita nampak kerajaan gerun dengan himpunan itu dan seharusnya perpaduan ini dikekalkan, ” katanya.
Mohd Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama berkata, selama ini penyatuan ummat Islam itu sudah ada, selepas ini akan diperhebatkan lagi.
Katanya, banyak manfaat akan diperoleh jika suara majoriti ini disatukan dan kekuatan itu akan menjadikan ummat Islam itu terus digeruni.
Mengenai himpunan bantah ICERD baru-baru ini, beliau berkata DPP Perak berjaya nenggerakkan lebih 10,000 orang dari seluruh negeri menghadirinya.

Tamat.