Home Berita PAS Selangor

Penyahwartaan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara – Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor | Dato Dr Ahmad Yunus Hairi

900
SHARE

Kuala Langat, Selangor | 1 Oktober 2020

  1. Cadangan Penyahwartaan Hutan simpan kekal Kuala Langat Utara, Tanjung Duabelas daerah Kuala Langat seluas lebih kurang 2400 ekar (971 hektar) untuk tujuan pembangunan bercampur. (28-29 Sept 2020).

Hari pertama tiada yg hadir, hari Kedua sebahagian besar yg hadir tidak mendapat jemputan.

  1. Cadangan Penyahwartaan Hutan simpan kekal Kuala Langat Utara, HSKKLU, ucapan Exco kata keluasan lebih kurang 991ha, surat jemputan muka pertama 971ha(2400 ekar) muka kedua 931ha(2300 ekar) . Pembantah dan Rakyat jadi pening.
  2. Cadangan Penyahwartaan Hutan simpan kekal Kuala Langat Utara, HSKKLU.

16 Okt 2014, Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor meminta Jabatan Perhutanan Selangor JPNS dengan kerjasama Global Environment Centre GCE utk membantu dan menyokong kerajaan negeri dengan menggerakkan penyertaan dan penglibatan aktif masyarakat orang Asli dalam program pemeliharaan dan pemuliharaan HSKKLU – konsep program komuniti.

Usaha ketika itu utk pelihara dan pulihara hutan gambut HSKKLU, contoh kepada generasi masyarakat dunia akan datang. Kita hanya pinjam bumi dari mereka.

HSKKLU d wartakan sejak 13 Mei 1927(no. Warta 2578) berkeluasan 7,728ha d mukim Tanjung 12, daerah Kuala Langat. Kini tinggal seluas 958 ha (12.4 % keluasan asal).

Kalau Penyahwartaan berlaku maka hilanglah hutan di Kuala Langat utara buat Selamanya.

  1. Cadangan Penyahwartaan Hutan simpan kekal Kuala Langat Utara, HSKKLU.

HSKKLU merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, KSAS – Tahap 1 dibawah Rancangan Fizikal Negara Ketiga, RNF3 dan KSAS Risiko Bencana dibawah Dasar Matlamat Pembangunan 16, MP16 dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, RSN – sebarang pembangunan tidak di benarkan dan mengambil kira impak pembangunan terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial khasnya org Asli.

  1. Cadangan Penyahwartaan Hutan simpan kekal Kuala Langat Utara, HSKKLU.

Penyahwartaan ini tidak selari dengan Rancangan Struktur Negeri 2035, kekal kan 30% kawasan hutan, Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan 2011-20, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-25, Rancangan Fizikal Negara Ketiga, NPP3, Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (akta 385).

  1. Cadangan Penyahwartaan Hutan simpan kekal Kuala Langat Utara, HSKKLU.

Potensi impak terhadap alam sekitar dan kehidupan org Asli, hilang fungsi tapak simpanan karbon semulajadi, berulangan insiden kebakaran musim kering, banjir musim hujan, penurunan tanah gambut dan hilang kebergantungan orang Asli kepada hasil hutan.

Ingat! Lapuran WHO, 9 daripada 10 orang menghidu udara yg tercemar pada hari ini.

  1. Cadangan Penyahwartaan Hutan simpan kekal Kuala Langat Utara, HSKKLU.

Penduduk Kuala Langat utara mengharapkan suatu pembangunan yang lestari, pembangunan kemanusiaan, infrastruktur dan alam sekitar. Sekiranya di teruskan, impak jangka masa panjang. 1. Pembersihan kawasan hutan bagi tujuan pembangunan akan merosakkan secara kekal rangkaian ekologi, kehilangan habitat hidupan liar, kepupusan flora serta akuatik. 2.Orang Asli akan hilang sumber hasil dan keperluan kehidupan dan pertanian yang d jalankan di kawasan mereka akan terjejas. 3.Meningkatkan Risiko kebakaran di HSKKLU dan kawasan sekitar bersebelahan. 4.Meningkatkan penenggelaman tanah Dan Risiko banjir di kawasan tersebut. 5.Gangguan ekologi kepada lembangan sungai langat. 6.Pembangunan kawasan gambut (penebangan pokok, penggorekan tanah gambut dan saliran) menyebabkan pelepasan karbon dioksid CO2 yg menyumbang kepada pemanasan tempatan dan global serta masalah perubahan iklim. 7.Ketiadaan pengelasan zon penampan hijau - satu kesalahan dan pelanggaran syarat pembangunan yang lestari.

YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
ADUN Kawasan Sijangkang
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor