Home Berita PAS Terengganu

Pentadbiran berjalan seperti biasa, tiada cuti

4
SHARE

KEMAMAN – Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang pengumuman berkait cuti akan dibuat, ujar Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya, tiada pengumuman cuti walaupun beliau telah mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Ujarnya, tindakan itu bagi mengelakkan berlakunya ‘conflict of interest’.

“Saya faham mengenai cuti itu, tetapi kerana berkait dengan saya sebagai calon yang bertanding dalam PRK.

“Saya rasa ia akan memberikan signal ‘conflict of interest’, memberi cuti hanya kerana saya yang bertanding,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kemaman, di Pusat Penjumlahan Undi PRK Kemaman, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Sam berkata jika diumumkan cuti, ia seperti meraikan kejayaan peribadi.

“Seolah-olah ini merupakan pencapaian peribadi saya, sedangkan kita nak (beri) cuti ‘is not about one individual’.

“Tetapi (mestilah) tentang pekara yang lebih besar,” ujarnya lagi.