Home Berita PAS Terengganu

Penjawat awam perlu ada sikap ‘Sense Of Urgency’

6
SHARE

KUALA TERENGGANU – Penjawat awam di negeri ini khususnya warga kerja Wisma Darul Iman perlu mempunyai sikap ‘sense of urgency’ atau sikap yang mempunyai tindakan segera bagi memastikan setiap perkhidmatan kepada rakyat berjalan lancar dan efektif.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nara Setia berkata, penjawat awam juga seharusnya berusaha untuk membuat pembaharuan agar sentiasa responsif, relevan dan berkesan dalam memenuhi keperluan serta harapan rakyat.

“Kita juga hendaklah sentiasa berusaha untuk berubah antaranya berkaitan dengan sikap ketulaan iaitu suka bertangguh.

“Jangan suka bertangguh dalam menyelesaikan kerja harian kita. Kalau ada masalah segera berbincang sesama rakan sekerja mahupun dengan pihak atasan agar setiap permasalahan terutamanya yang melibatkan kepentingan rakyat dapat diselesaikan dengan segera,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.

Dalam  pada itu, beliau turut mengingatkan semua warga kerja Wisma Darul Iman agar menjaga imej serta etika berpakaian sebagai penjawat awam.