Home Berita PAS Pahang

Peningkatan vaksinasi | Bertambahnya keperluan sukarelawan

67
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 12 Jun: Kempen kesedaran mengenai vaksinasi Covid-19 di seluruh negara telah berjaya meningkatkan jumlah pendaftaran rakyat untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

Bersesuaian juga dengan langkah kerajaan yang sedang meningkatkan kapasiti pemberian vaksin hari demi hari di seluruh negara.

ADN Beserah Andansura Rabu menyatakan bahawa pertambahan itu meningkat dari segi jumlah vaksinasi dari minggu ke minggu dan telah mencapai sejumlah 2000 orang penerima dalam tempoh seminggu.

 

Beliau berkata demikian setelah membuat tinjauan di tiga buah klinik dalam kawasannya, iaitu Poliklinik Beserah, Klinik Kesihatan Balok dan Klinik Kesihatan Sungai Ular pada hari ini.

Klinik-klinik itu merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di DUN Beserah yang setakat ini membuat pemberian vaksin hanya di hujung minggu.

Peningkatan itu menyebabkan bertambahnya keperluan yang perlu disediakan bagi menampung pertambahan tersebut.

Malah katanya lagi, jangkaan pembukaan di beberapa tempat PPV dalam tempoh terdekat ini akan memerlukan tambahan bilangan sukarelawan untuk membantu menguruskan penerima vaksin.

Andansura Rabu yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, menyeru kepada orang ramai khususnya para belia serta kelab, persatuan, pertubuhan dan jawatankuasa penduduk dapat memainkan peranan utk mengumpulkan para sukarelawan bagi membantu urusan pemberian vaksinasi di pusat-pusat PPV.

Selain dari itu beliau juga menyatakan kerusi di ruangan menunggu juga perlu ditambah dan beliau akan berusaha untuk membekalkannya dalam kadar yang segera.

Secara keseluruhannya beliau melahirkan rasa berpuashati dengan prosedur yang diambil bagi melancarkan proses vaksinasi kepada penduduk terpilih, menerusi laman sosialnya pada hari ini.