Home Berita PAS Wilayah

Peniaga Turut Terjejas, Terima Bantuan

649
SHARE

Peniaga Turut Terjejas, Terima Bantuan

Oleh NURUL NADIYAH

TITIWANGSA, 16 April – Semalam, Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Titiwangsa berkesempatan menyampaikan sumbangan serentak kepada 51 orang penerima iaitu 15 orang di Zon Kampung Baru, 10 orang di Zon Keramat dan 26 orang di Zon Pandan.

Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Yusoop, Pengerusi LKK, untuk Zon Keramat. Manakala, Hedzer Ibrahim, Pengarah Jentera Pilihanraya, (JPRP), mengetuai edaran sumbangan di Zon Pandan dan Yusop Sukaruman, wakil Zon Kampung Baru. Setiap zon dibantu sepenuhnya oleh AJK dan ahli PAS.

Para penerima sumbangan terdiri daripada pelbagai kaum dan merentasi kewarganegaraan. Majoriti yang paling terjejas ialah para peniaga, ibu tunggal, warga emas dan warga asing.

Barang-barang keperluan dapur dan pampers dikumpulkan di PASTI Hidayah dan Darul Ummah sebagai pusat pengagihan barangan.

PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan (PKPD), lebih-lebih lagi untuk persiapan Ramadan yang bakal tiba.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,

Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)

serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :

1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) En. Hedzer (019-2708639)

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.

#AhlanYaRamadan
#stayathome
#icsyvmy3
#StaySafe
#stayhome
#malaysia
#DudukRumah
#Covid_19
#kitajagakita
#PKP
#MCO
#pastitiwangsa