Home Berita PAS Terengganu

Pengurus TFC terima Pingat Kebesaran Negeri

455
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pengurus Terengganu Football Club (TFC), Mohd Fadhil Wahab antara Penerima Pingat Kebesaran Negeri di Istana Syarqiyyah di sini semalam.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri kepada 166 individu terpilih.

Turut mengiringi baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan semua paduka anakanda baginda.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman.

Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri itu diadakan bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-61.

Pada istiadat itu, seramai empat penerima dikurniakan Pingat Jasa Cemerlang (PJC), 147 individu menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), dua penerima Bintang Lama Berjawatan (BLB) dan 13 penerima Pingat Lama Berjawatan (PLB).

Untuk rekod, darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Terengganu dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada mereka yang telah menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan negeri Terengganu.