Home Berita PAS Terengganu

Pengurus Terengganu FC mohon maaf

91
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pengurus Terengganu FC, Mohd Fadhil Wahab memohon maaf kepada pasukan dan penyokong Selangor FC atas sikap segelintir penyokong yang mencetuskan insiden idak diingini pada malam tadi.

Mewakili pihak pengurusan, Fadhil melahirkan perasaan kecewa dengan aksi membaling dan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC.

Kata beliau, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan sewajarnya.

“Seharusnya kejadian seumpana iti tidak wajar berlaku lagi dalam kancah bola sepak tempatan. Walau apapun.

“Kejadian malam tadi merupakan tindakan yang hanya dilakukan oleh segelintir penyokong yang tidak meletakkan semangat kesukanan dalam hati masing-masing dan bukan di kalangan penyokong setia pasukan Terengganu,” ujarnya menerusi suatu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, rata-rata yang hadir mempamerkan semangat kesukanan tinggi dan dapat menerima kekalahan dalam aksi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia

“Penyokong Terengganu sememangnya amat terkenal dengan disiplin yang baik ketika perlawanan di luar mahupun ditempat sendiri, namun kerana segelintir mereka ini menyebabkan semuanya terpalit,” ujarnya lagi