Home Berita PAS Terengganu

Pengundi DUN Tenggaroh Mahu Wakil Rakyat Melayu

225
SHARE

Oleh: Sofiah Ali

MERSING , 11 Mac – Rata-rata pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh mahu pemimpin daripada kaum Melayu dan beragama Islam menjadi wakil rakyat di sana.

Samsuddin Ahmad, 65, ketika ditemui di tapak pasar malam Felda Tenggaroh 2 semalam berkata, sudah sekian lama kawasan yang mempunyai 82 peratus melayu itu diwakili kaum India.

“Kita mahukan orang Melayu serta kita mahukan yang terbaik, kalau boleh felda kita mahu pemimpin Melayu,” ujarnya ketika ditemui media.

Sementara itu, peniaga pasar malam, Rosnawati Nafiah
54, dari Tenggaroh 6 berkata, dia melihat anak muda juga mahu melakukan perubahan pada PRN kali ini.

“Anak anak muda juga turut akan keluar mengundi untuk menukar pemimpin bukan Islam kepada Islam,” katanya.

Melihat kepada keadaan semasa di sini, besar harapan pengundi DUN Tenggaroh untuk melihat melayu Islam menjadi wakil rakyat di sana.