Home Berita PAS Wilayah

Pengundi Doakan Kemenangan Ustaz Azhar

562
SHARE

BATU, 9 Mei – Cuaca panas tidak menghalang semangat warga kota untuk mengundi. Rata-rata mereka sudah mula memenuhi tuntutan mengundi di pusat mengundi masing-masing mengikut yang telah ditetapkan.

Dalam kesempatan sama, calon PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya sempat melawat sebahagian besar pusat pengundian dalam kawasan ini.

Ustaz Azhar sempat menyantuni para pengundi, anggota polis dan petugas SPR dalam lawatan tersebut.

Kebanyakan pengundi yang ditemui memberikan respon yang amat baik kepada Ustaz Azhar dan mendoakan yang terbaik buat beliau. Mereka juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama Ustaz Azhar.

“Semoga Ustaz berjaya meraih kemenangan di Batu ini”, doa seorang pengundi untuk Ustaz Azhar ketika berbual dengan beliau tengah hari ini.

Parlimen Batu menyaksikan pertembungan dua penjuru utama antara PAS dan BN selepas pencalonan Tian Chua dari PKR ditolak oleh SPR rentetan kes mahkamah yang melibatkan denda berjumlah RM2000.