Home Berita PAS Terengganu

Pengundi Ayer Kuning Diseru Pilih Pemimpin Berintegriti

4
SHARE

Oleh : Safwan

TAPAH – Pengundi PRK Ayer Kuning diseru untuk membuat pilihan bijak dalam memilih pemimpin, khususnya yang mempunyai rekod bersih, akhlak terpuji dan kesungguhan dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja menampilkan calon berwibawa, tetapi juga menawarkan sebuah gagasan perjuangan yang berteraskan nilai Islam, integriti dan keprihatinan terhadap isu rakyat.

“Calon yang dipilih untuk mewakili PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning ini adalah individu yang telah melalui beberapa tapisan ketat dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

“Mereka juga telah lama bergelumang dalam susah senang rakyat,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Kelompok PN anjuran UDM Tanjung Keramat, semalam.

Oleh itu, beliau menggesa penduduk Ayer Kuning agar memberi peluang kepada calon PN untuk mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri, demi membawa suara rakyat ke peringkat tertinggi.

Sementara itu, calon PN bagi PRK Ayer Kuning, Ustaz Muhaimin Abdul Malik yang turut berucap, menzahirkan kesediaannya untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk dan memperjuangkan suara rakyat di kawasan itu agar didengari serta diperhalusi dengan lebih serius.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Misbahul Munir Masduki serta Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Jabbar.