Oleh : Siti Mariam
KUALA NERUS – Calon DUN Seberang Takir, Ustaz Khazan Che Mat yang telah mewakilkan isterinya, Nik Aini Nik Soh untuk menyantuni pengundi-pengundi di kawasan itu telah disambut dengan ceria di setiap rumah yang dikunjungi.
Salah seorang pemuda autism yang dikenali sebagai Ery, 36 sangat teruja untuk mengundi dan kelihatan ceria semasa dikunjungi Nik Aini dan rombongan di rumahnya di Telaga Daing. .
“Ery siap kabo ke abang dengan kakak dia mintak balik mengundi PAS, mesti pangkah, tidak boleh pangkah lain,
“Kalu hari ngundi dialah paling sibuk ajak pergi mengundi awal sebab masa itu tidak ramai orang,” ceritaibunya.
Nik Aini yang tertarik dengan keterujaan Ery walaupun kelainan upaya tetapi memahami tentang perjuangan untuk menegakkan agama islam.
” Insyaallah kemenangan kepada PAS kali ini di DUN Seberang Takir dengan adanya kerjasama antara pemimpin dan pengundi-pengundi di sini,” ujarnya lagi ketika ziarah pada 4 Julai lepas.