KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Jentera PAS Titiwangsa dalam Zon Keramat dengan bantuan Hal Ehwal Wanita (HALWA) telah mengadakan Program Ziarah Kasih di Pangsamurni Titiwangsa. Jentera PAS dalam gerak kerja ini menyantuni hampir 20 keluarga di sekitar kawasan tersebut.
Program ini turut disertai oleh Yang Di Pertua Kawasan Titiwangsa , Hj Khairul Anuar bin Abdul Manaf; Ketua Muslimat Pas Kawasan Titiwangsa, Puan Sharifah Rasyidah binti Syed Idrus; Cikgu Hj. Mohd Yusoop bin Abd Hamid , Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Wilayah Persekutuan dan Tuan Hj Amin bin Abdullah selaku Ketua Zon Keramat.
Program ini telah bermula seawal jam 9 pagi dengan penyampaian sumbangan berupa barangan keperluan kepada penghuni setempat.
Keluarga yang diziarahi dan disantuni menyambut baik kehadiran petugas dengan beberapa aduan yang dikemukakan. Pihak PAS berusaha serta bertindak sewajanya sebagai mengambil perhatian atas aduan.
Kenaikan harga minyak serta kesempitan hidup masyarakat khususnya di kota raya sewajarnya diambil perhatian oleh pihak pemerintah agar bebanan hidup rakyat dapat dikurangkan.