Penghormatan Terakhir Buat Mantan Pengarah JAIPk
IPOH – 23 Julai 2020 – 11.00 Pagi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Dato’ Jamri Suri, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Pemergian beliau satu kehilangan yang amat dirasai oleh warga penjawat awam khususnya warga JAIPk.
Sepanjang perkhidmatannya beliau dikenali sebagai seorang komited, gigih dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah Jaipk
Jasa dan pengorbanan beliau akan terus dikenang.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan pengampunan ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh dan semoga segala amalan Al Marhum diterima Allah.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ
وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur atau azab neraka.